in ,

Dayah Zubit Bukan Lagi Pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza Upah Guru Jadi Penjaga

Hampir tiga tahun bekerja sebagai pengasuh Aafiyah, Dayah Zubit terpaksa menamatkan kerjayanya sebagai pengasuh anak penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza. Nak tahu apa sebabnya. Jom baca ni!

Selepas berkahwin pada Jun lalu, Dayah Zubit terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai pengasuh kepada anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah.

Menurut Siti, Dayah terpaksa berhenti kerja selepas mendirikan rumah tangga dan tempat Dayah digantikan dengan seorang pengasuh baharu yang merupakan seorang guru.

DAYAH ZUBIT

“Dalam era pandemik ini sebenarnya bukan mudah anak-anak kena duduk rumah sahaja. Cuma saya bersyukur ada ruang untuk buat aktiviti dengan Aafiyah, sekurang-kurangnya Aafiyah tak boring, dalam waktu berkurung di rumah ni dia boleh bentuk perkembangannya.

“Selepas Dayah berhenti kerana berkahwin, kita cari penjaga baharu iaitu seorang guru supaya boleh mengajar dan buat aktiviti bersama Aafiyah di rumah

“Sedikit lega kerana ada seorang cikgu yang menjaga, saya nampak ada perkembangan positif..sebolehnya saya pun tak mahu Aafiyah hanya tumpu pada gajet sahaja,” katanya.

– Siti Nurhaliza

Untuk rekod, Dayah mempunyai kelulusan dalam bidang kejururawatan bertugas sebagai pengasuh Aafiyah sejak 28 Mei 2018.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HERO MALAYSIAKU Penghormatan Buat Frontliner & Rakyat Malaysia

Highly Anticipated K-drama Yumi’s Cells Will Be Available On iQiyi From September 17th