in , ,

Dayah Bakar Umum Hamil 4 Bulan, Ini Titipan Doa Buat Semua Wanita

Personaliti televisyen terkenal iaitu Dayah Bakar baru-baru ini berkongsi berita gembira tentang kehamilan anak pertamanya!

Pengacara Borak Kopitiam TV3, Dayah Bakar mengesahkan dia kini hamil anak pertama dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan. Dayah berkata, selepas ‘menyembunyikan’ kandungannya itu untuk beberapa bulan, dia percaya sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum.

“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Insya-Allah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,”

– Dayah Bakar
View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim, We’ve been keeping this for awhile , but I think it’s time to share this happy news with all of you… We’re expecting our little miracle soon , in sha Allah . 🤲🏻 Little DayaHanif is growing inside me 😊 Tiada lebih yang kami pinta dari kalian, selain dari mendoakan untuk kesihatan , kekuatan dan kemudahan saya dan little bb sehingga hari melahirkan nanti ya . Doakan juga saya, little bb dan Hanif akan bertemu semula tak lama lagi . Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi. 🤲🏻🌸 Have faith, in sha Allah . Salam sayang, Saya, Hanif and our little bb 🤗 #DayaHanif #blessing #rezekiAllah #inmy2secondtrimesternow

A post shared by YOUTUBE : DAYAH BAKAR CHANNEL (@dayahbakar) on

Ditanya mengenai alahan, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar berkata, dia berdepan keadaan itu di peringkat awal kehamilan.

“Saya mengalami muntah teruk dan badan rasa sangat lemah berbanding keadaan diri saya sebelum ini yang sangat aktif.

Namun kebetulan Februari lalu saya ambil cuti sebab ikut perancangan nak ke Australia berjumpa suami tapi keadaan cuaca di sana tidak mengizinkan dan saya pun baru tahu hamil.

Jadi saya tangguhkan perjalanan ke Australia dan ambil keputusan untuk berehat di rumah,”

– Dayah Bakar

Menurut Dayah, dia berharap semua pihak mendoakan agar kehamilan pertamanya berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan sehingga proses kelahiran nanti. 

Dengan rasa rendah diri, pemilik nama Nur Hidayah Datuk Abu Bakar itu juga turut mendoakan kepada para ibu di luar sana yang sedang menantikan zuriat dikurniakan rezeki yang sama.

“Tiada lebih yang saya minta selain daripada mendoakan untuk kesihatan, kekuatan serta  kemudahan kepada saya dan anak.

Dari hati yang terdalam , saya juga mendoakan untuk kalian yang berdoa dan berusaha untuk mendapatkan zuriat , diberikan rezeki tidak lama lagi,”

– Dayah Bakar

Pengacara bagi rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman media sosial Instagram miliknya hari ini.

Tahniah Dayah!

Kredit: Instagram Dayah Bakar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gelar Netizen Kg.Com, Penyanyi Sharifah Zarina Dikecam

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Save Our Shops (S.O.S)