in

David Arumugam Alleycats Terima Pingat Johan Setia Mahkota

Tahniah buat David Arumugam vokalis Alleycats yang telah menerima pingat Johan Setia Mahkota. Akhirnya, segala jasa dan pengorbanan David Arumugam telah berbayar dan dihargai.

David Alleycats Terima Pingat

KUALA LUMPUR: Artis veteran, Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara, hari ini.

David, yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an.

Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Johor, Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang, Datuk Jamilah Wahab.

Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima. Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara. – Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban

Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu