in

Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya

Rakaman Melodi Raya yang merupakan acara tahunan bagi program popular terbitan TV3, Melodi menampilkan konsep perkampungan nelayan untuk sambutan rumah terbukanya pada tahun ini. Kehadiran artis veteran dan generasi baru seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah, Nurul, Ajai, Aziz M. Osman, Nuraliah Lee, Faizal Tahir, Nora Danish dan ramai lagi selebriti akan memeriahkan rakaman Melodi Raya 2008 ini. 

Manakala artis yang menjayakan persembahan pentas pula terdiri daripada Dj Dave, Jaclyn Victor, Aris Ariwatan, Saleem, Zahid dan Nita, M.Nasir dan Hattan, Aizat, Andy Flop Poppy, dan penampilan istimewa dari penyanyi asal lagu raya evergreen. Majlis ini turut menyaksikan pemberian sumbangan dari Tabung Bersamamu kepada Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat Selangor.

Tarikh: 11 September 2008 (Khamis)
Masa: 6.00 petang
Tempat: Surf Beach Area, Sunway Lagoon Theme Park

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

CHRISTINA AGUILERA AND KANYE WEST TO TAKE THE STAGE MTV VIDEO MUSIC AWARDS

Zathura : A Space Advanture, Tristan And Isolde & Chasing Papi