in ,

Datuk Shahrukh Khan Bakal Buat Konsert Di Malaysia

[dropcap]S[/dropcap]alam Ahad buat semua pembaca, pastinya hari ini ada sibuk dengan jadual masing-masing. Ada yang nak ke rumah terbuka dan sebagainya. Dalam jadual Budiey hari ini ada dua event yang perlu dihadiri iaitu Majlis Kesyukuran dan Jamuan Raya SimplySiti dan Majlis Resepsi Penyanyi Nur Fatimah pada malam ni. Kira padat jugaklah jadual Budiey hari ni. Ada pulak macamana?

Pada hari ini juga, Budiey dapat perkhabaran gembira khas untuk peminat bintang Bollywood popular, Datuk Shahrukh Khan yang akan mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Oktober. Shahrukh Khan tidak datang keseorangan kerana beliau ditemani oleh Madhuri Dixit & Yoyo Honey Singh.

Konsert yang diberi nama Datuk Shahrukh Khan & Friends “Temptation Reloaded” Live In Malaysia 2013 dijadualkan akan berlangsung pada 11 Oktober 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8 malam.

Datuk Shahrukh Khan & Friends “Temptation Reloaded” Live In Malaysia 2013 is anticipated to be the biggest Bollywood concert this year and is scheduled to be held at the Stadium Nasional in Bukit Jalil, Kuala Lumpur, on 11th October 2013. “Temptation Reloaded” is the second edition of the world famous and highly successful Temptation Tour which toured 45 cities in 2004, with superstar supremo Datuk Shahrukh Khan as the heart and soul of the tour. Its has been reloaded and is expected to be even bigger and better than the first, and Kuala Lumpur is one of the few fortunate cities to be able to experience the grandeur of its live production. No Bollywood fan should miss this spectacular event, in their lifetime.

Satu sidang media khas untuk mengumumkan tentang konsert ini secara lebih terperinci dan juga penjualan tiket juga akan diadakan pada minggu depan.

Budiey percaya masih ramai lagi kat luar sana yang meminati ikon Bollywood ini. Jadi, adakah anda ingin datang ke konsert ini?

Temptation Reloaded

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Siapakah Penyanyi Popular Yang Dikatakan Bankrap?