in

Datuk Seri Vida ‘Hilang’ RM11 Juta!

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida telah rugi belasan juta selepas ditipu kontraktor yang menguruskan projek pengubahsuaian studionya.

Datuk Seri Vida

Studio berkeluasan dua ekar itu sepatutnya dijadualkan siap September tahun lalu, namun telah tertangguh.

“Sakitnya hati saya. Saya terpaksa menanggung kerugian RM11 juta selepas ditipu kontraktor berkenaan.

“Padahal, studio itu sepatutnya siap pada September tahun lalu dan program Gegar Vaganza juga patut dilangsungkan di situ.

“Saya terpaksa mencari orang lain untuk menyelamatkan projek berkenaan dan menukar kontraktor. Insya-Allah selepas raya nanti, studio itu akan beroperasi dan program keagamaan terbitan saya bakal dilangsungkan di sana,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Vida turut mendedahkan sebab mengaApa beliau memilih untuk berada di luar radar kebelakangan ini.

“Saya cuma mahu berehat seketika selepas dua tahun aktif dalam dunia ‘glamor’. Saya lebih banyak fokus dengan perniagaan menerusi media sosial.

“Saya sengaja menguji sejauh mana media sosial dapat membantu perniagaan saya. Ternyata, saya berjaya menempatkan diri dalam kalangan pengikut ramai,” katanya.

Terdahulu, Vida mencetuskan satu fenomena dalam industri hiburan tanah air selepas tampil dengan single berjudul I Am Me selain aktif menaja pelbagai program hiburan tempatan.

Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Akui Payudara ‘Naik’ Kerana Anak Masih Menyusu

ERA Cari Bakat Nyanyian Menerusi COVER STAR ERA