in ,

Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda

[dropcap]T[/dropcap]ahniah Budiey ucapkan! Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang pertama yang menerima kad jemputan kahwin pelakon Beego yang akan berlangsung pada bulan Jun depan. Wow, memang hebatlah Beego. Bukan senang nak pass kad jemputan kat DS Najib Razak tambahan pula beliau sedang sibuk dengan kempen pilihanraya ni. Kiranya, sesuai di musim kempen pilihanraya ini. Tapi ini tiada langsung kena mengena dengan pilihanraya ya. Pastinya, Beego mengkagumi Datuk Seri Najib dan sangat terharu jika pemimpin itu datang ke majlis resepsinya.

Beego

Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata, dia telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu lalu.

“Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir. Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti. Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya.”

Beego dan artis Linda Hashim merancang untuk bernikah pada 6 Jun depan manakala majlis resepsi pula akan diadakan di ibu negara dua hari kemudian. Linda dan Beego akan dijabkabul pada 6 Jun depan.

[pullquote]Kedua-dua pasangan itu telah bertunang pada 3 November 2012.[/pullquote]

Beego yang merupakan seorang duda sebelum ini pernah berkahwin dengan Intan Shahira Mohd Shahru pada 28 Disember 2007 tetapi rumah tangga mereka itu hanya mampu bertahan kira-kira 10 hari sahaja.

Menurut Beego, tindakannya menyerahkan kad jemputan perkahwinannya kepada Najib berlaku secara spontan dan dia tidak berasa gementar untuk bertentang empat mata dengan beliau.

Beego Linda Hashim

Malah Beego turut memuji keperibadian Najib yang mudah didekati.

Sementara itu mengenai persiapan perkahwinannya kata Beego, banyak perkara berjaya diuruskan namun hanya tinggal beberapa urusan kecil yang perlu dilakukan kira-kira dua atau tiga hari sebelum majlis berlangsung.

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.

Tambah Beego, dia telah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda dan berharap perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat mereka.

“Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Beego masih sibuk menyelesaikan beberapa projek lakonan yang telah diterimanya sebelum bercuti untuk berkahwin.

Sumber: Mstar Online

Beego Linda Hashim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Pertama Judika di Malaysia

LoQue Selamat Dikurniakan Anak Sulong Perempuan