in , ,

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Kongsi Wajah Muhammad Afwa Genap 3 Bulan

Comelnya Muhammad Afwa…. lama tak kemaskini gambar anak kedua di sosial media, hari ni rezeki para peminat TokTi sebab dapat tengok gambar Afwa.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza hari ini telah berkongsi foto wajah terkini anak keduanya iaitu Muhammad Afwa yang kini berusia tiga bulan.

Beliau telah berkongsi wajah anak kesayangannya itu di akaun rasmi Instagramnya. 

Kongsinya di bahagian kapsyen, hari ini genap tiga bulan usia anak lelakinya itu.

“Anakku… Semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati serta disayangi seluruh makhluk Allah di langit dan di bumi”,

– SITI NURHALIZA

Tokti menulis kata-kata berupa doa buat Afwa ini sempena doa Arafah pada hari Isnin lalu. Semua antara kita sedia maklum doa di Hari Arafah cukup mustajab dan dimakbulkan Allah.

AFWA

Di bahagian komen, ramai netizen yang memuji kecomelan Muhammad Afwa termasuklah rakan-rakan selebriti.

Semoga Muhammad Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan sihat serta ceria sentiasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Energi Berbeza Suntik Aura Luar Biasa Dalam Adunan Semula ORANG LAIN

BTS & YouTube Umum Cabaran ‘Permission to Dance’ di YouTube Shorts