in , ,

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Ade Govinda Hadir Dengan ‘Menamakanmu Cinta’

Menamakanmu Cinta: Kolaborasi Dua Negara, Dua Jiwa, Satu Karya Berjiwa Besar, Sarat Dengan Emosi Dan Pesan Cinta Sejati

Bila dua ikon muzik dari dua negara bersatu, hasilnya bukan sekadar lagu, tapi satu fenomena emosi yang sukar dijangka. Dato’ Sri Siti Nurhaliza, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik Malaysia dan rantau Nusantara, bergabung semula dengan Ade Govinda, komposer dan produser yang telah lama mengukir nama di Indonesia.

Kali ini mereka hadir membawa sebuah single yang dijangka bakal menjadi siulan ramai, bukan hanya di Malaysia dan Indonesia, malah untuk semua peminat muzik cinta sejati di seluruh dunia.

Menghidupkan Kembali Magis Kolaborasi Yang Pernah Mencetus Fenomena

Kalau anda masih ingat, Ade Govinda pernah mencipta tiga lagu popular untuk Siti dalam album Fragmen tahun 2014, iaitu Terbaik BagimuEngkau, dan Tak Pernah Ragu. Setiap lagu waktu itu pun sudah meninggalkan impak yang mendalam dalam hati peminat Siti. Tapi kali ini, “Menamakanmu Cinta” bukan sekadar ulangan formula lama—ia sebuah karya yang lebih matanglebih mendalam, dan lebih berjiwa.

Artwork Resize

Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri meluahkan rasa syukurnya kerana dapat kembali bekerjasama dengan sahabat lamanya. Dalam nada penuh rendah hati, Siti berkata, “Saya senang sekali bisa kembali berkolaborasi dengan Ade Govinda setelah lagu ‘Terbaik Bagimu’, ‘Engkau’, dan ‘Tak Pernah Ragu’ di album sebelumnya. ‘Menamakanmu Cinta’ adalah lagu yang sangat indah, sangat khas dengan sentuhan Ade yang selalu mampu menciptakan lagu-lagu hits masa kini.” Siti juga menambah harapan agar single ini diterima baik oleh peminat di Malaysia, Indonesia dan di mana-mana sahaja: “Semoga single terbaru ini dapat diterima dengan baik oleh para penggemar di Malaysia, Indonesia, maupun di mana saja.”

Lirik Sarat Emosi, Melodi Yang Mencuit Jiwa

Apa yang membezakan “Menamakanmu Cinta” daripada lagu cinta tipikal lain? Keikhlasan dan emosi yang dicurahkan ke dalam setiap bait lirik dan melodi. Siti Nurhaliza menyifatkan lagu ini sebagai sebuah karya yang membawa pesan positif tentang menghargai insan-insan tercinta. “Saya berharap lagu ini bisa dinikmati oleh semua pendengar, dan menjadi lagu cinta yang menyatukan kenangan serta perasaan mereka yang menghargai cinta dalam kehidupan. Lagu ini dibuat dengan penuh perasaan dan harapan, dengan setiap liriknya mencerminkan keindahan cinta sejati. Semoga para pendengar bisa merasakan perjalanan emosional melalui setiap nada dan melodi yang disajikan,” jelas Siti lagi.

Dari sudut penghasilan lagu, tidak ada yang lebih berharga bagi Ade Govinda selain dapat menghasilkan lagu yang mampu meresap ke jiwa ramai. Ade mengakui, “Ide awal lagu ini muncul karena saya ingin menciptakan lagu cinta yang bisa dinyanyikan di setiap pernikahan oleh siapa saja yang sedang berbahagia. Proses bekerja dengan Dato’ Sri Siti sangat cepat, menyenangkan, dan saya bisa mengeksplorasi vokalnya secara luar biasa dalam waktu yang singkat.”

Suasana Santai, Proses Kreatif Yang Dekat Dengan Hati

Kisah di sebalik tabir penghasilan lagu ini juga cukup mencuit hati dan penuh warna. Ade mendedahkan, “Dato’ Sri Siti, seperti biasa, selalu perhatian kepada semua orang. Saat sesi rekaman, beliau pasti membawa banyak makanan. Suasana rekaman sangat santai namun tetap profesional, sehingga saya merasa bebas untuk mengeksplorasi kreativitas.” Di sini, kita dapat lihat sisi humanis seorang Siti Nurhaliza—bukan sekadar diva, tapi juga seorang rakan yang tidak lokek berkongsi kegembiraan dengan semua.

DSSN-ADE-2-2

“Menamakanmu Cinta” Bukan Sekadar Lagu, Tetapi Soundtrack Untuk Pencinta Sejati

Ade Govinda berharap “Menamakanmu Cinta” menjadi lagu tema bagi pasangan yang sedang jatuh cinta. Menurutnya, “Lagu ini bukan sekadar melodi atau lirik, tetapi juga merupakan ungkapan perasaan yang mampu menyentuh jiwa dan menggambarkan kedalaman emosi antar pasangan. Semoga lagu ini bisa membangkitkan kenangan manis dan momen-momen berharga dalam perjalanan cinta mereka, serta menjadi pengiring setia di setiap detik kebahagiaan yang mereka jalani bersama.”

Itulah kekuatan utama lagu ini: ia membawa kita menyelam ke lautan perasaan, membangkitkan kenangan lama, menghidupkan semula detik-detik cinta yang mungkin pernah pudar, dan menjadi lagu wajib setiap pasangan yang ingin meraikan cinta mereka.

Fakta Lagu Dan Kredibiliti Karya

Untuk peminat yang suka mengetahui tentang teknikaliti sesebuah lagu, “Menamakanmu Cinta” merupakan hasil karya sepenuhnya oleh Ade Govinda—beliau bertindak sebagai komposer, penulis lirik, penggubah, dan produser. Lagu ini diadun oleh Jones Roma dan dimasterkan oleh Stephan Santoso, dua nama besar dalam dunia audio Indonesia. Lagu ini diterbitkan di bawah label Universal Music Sdn Bhd, SN Legacy Sdn Bhd, MyMusic Records dan diterbitkan serta diedarkan oleh PT. Kreatif Indigo Musik bersama Universal Music Publishing.

DSSN-ADE-X2-6 (1)

Apa Kata Budiey?

Secara peribadi, Budiey rasa kolaborasi antara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda ini memang berada di kelas tersendiri. Bila dua jiwa seni dari dua budaya besar duduk semeja, hasilnya bukan setakat lagu cinta klise, tapi satu manifesto rasa yang mampu membuat siapa saja mengalirkan air mata atau tersenyum sendiri. Kualiti produksimemang tidak perlu dipertikai—segala elemen daripada susunan muzik, adunan vokal, sehinggalah kepada lirik, semuanya diadun rapi dan matang. Budiey yakin lagu ini akan menjadi anthem untuk para pencinta di Malaysia, Indonesia dan mungkin seluruh dunia. Kalau anda mencari lagu untuk pernikahan, ulang tahun, atau sekadar nak mengingati kembali detik-detik romantik, inilah lagunya.

Satu perkara yang Budiey harap: lebih banyak kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia selepas ini. Kita ada begitu banyak bakat, begitu banyak cerita, kenapa tidak terus mengukir sejarah baru bersama? “Menamakanmu Cinta” bukan sekadar lagu—ia simbol harapan, jalinan kasih, dan jambatan budaya yang tak akan putus.

Bersedia untuk jatuh cinta sekali lagi dengan “Menamakanmu Cinta”. Uji sendiri, dan rasai magisnya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BMW Lancar Tiga Model Baharu: Pilihan Kereta Mewah Untuk Masa Depan