in

Dato’ Siti Nurhaliza Lelong Dua Helai Baju Untuk Tabung Gaza

Karnival jualan amal dan lelong Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 Untuk Gaza akhirnya tamat. Elok kiranya dapat diadakan pada masa akan datang. Acara yang bermula seawal jam 10 pagi hingga 6 petang ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan membabitkan pelbagai aktiviti seperti acara jualan dan lelongan barangan milik peribadi artis, sesi bergambar dan persembahan pentas. Budiey dengar khabarnya, Mawi pun sudi datang untuk menjual aiskrim Fantasianya. Datang dengan Ekin sekali kot.

Untuk peminat Dato’ Siti Nurhaliza, Budiey ada merakamkam gambar penyanyi ini ketika sesi lelongan yang diacarakan oleh geng bintang Raja Lawak Astro ini. Dengan melelong dua helai baju kesayangannya kepada dua orang peminat yang membida sehingga ke angka RM500, Dato’ Siti Nurhaliza begitu gembira dengan sambutan dan diharapkan sumbangannya dapat meringankan penderitaan rakyat di bumi Gaza.

3240985200 9A6Cae3371 | 3

Siti memakai jaket denim biru yang mahu dilelongnya

3240150325 5Fc6Bd5F1C | 4

Tengah sibuk mengendalikan bidaan pun sempat lagi melontarkan jelingan ke arah lensa Budiey.

3240987296 042716B07E O | 5

Bida punya bida, akhirnya jaket ini berjaya dimiliki oleh seorang kakak yang memakai T-shirt Casa Impian nih. Muat ke kak?

3240988778 A7F9C6Eebf | 6

Dan ini baju yang kedua rekaan Michael Ong. Ada dekat RM2-3 ribu nih.

3240989204 4E0Fe23B63 O | 7

Akhirnya dimiliki oleh seorang remaja nih… “Meh, Siti pakaikan…”

3240154611 40259D10Cf | 8

Happynya… puas hati dapat ek?

3240155047 558774857E O | 9

Rupanya, ayah budak ni yang sponsor… Seorang bapa yang penyayang. Eh-Eh, misai uncle ni sama dengan Datuk K punya… kekeke kebetulan ek.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Farawahida di Karnival Jualan Lelong ABPBH

Gambar Terbaru Azean Irdawaty Bertudung