in

Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya

Dato’ Siti Nurhaliza sekarang tengah sibuk cari dana untuk buat konsert amal di Istana Budaya. Konsert yang dijadualkan pada bulan Jun ini adalah sempena dengan ulang tahun ke-14 pembabitan Siti dalam bidang seni. Siti dah pun hantar kertas kerja kepada pihak Istana Budaya. Siti harap ada pihak yang sudi menaja konsertnya.

Siti akan nyanyi lagu Siti sendiri sepenuhnya. Setakat ini, Siti tidak memutuskan konsep namun, konsert itu ada elemen seperti yang dibuat oleh Celine Dion di Las Vegas dan ada mirip dengan konsert Siti di Royal Albert Hall London empat tahun lalu. Kena ada bunyi dan visual. Semuanya masih dalam perbincangan.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa.

Untuk ulangtahun ke-15 tahun pula Siti akan muncul dengan buku biografi yang akan menyiarkan foto menarik dan eksklusif sepanjang Siti bergelar anak seni.

3240947494 E1Cb08B9A3 | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pelakon Filem Setem

Synopsis Trailer Star Trek 2009