in

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Cakra Khan

Penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza mengakui bakal berkolaborasi dan berduet dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Menurut penyanyi terkenal itu, lagu duet itu akan dimuatkan dalam album solo terbaharu penyanyi itu namun proses rakaman belum dijalankan kerana masih lagi mencari lagu yang sesuai.

“Pihak pengurusan Cakra meminta saya berduet dengan penyanyi itu dan ia adalah satu penghargaan buat diri saya. Tambah pula sebelum ini saya pernah membuat persembahan duet dengan Cakra pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu. Saya cukup mengkagumi suaranya yang unik dan merdu. Buat masa ini kami mencari lagu yang bersesuaian daripada komposer Indonesia.”

Siti ditemui pada majlis pameran lukisan yang menandakan dia sebagai ikon pop negara di Galeri Artelier KL di sini pada Rabu.

Tambah Siti, selepas mendapat lagu bersesuaian, penyanyi itu akan ke Indonesia merakamkan lagu di sana sekali gus menyiapkan klip video bersama Cakra di negara itu. Sumber: Mstar Online

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Digital & Senheng Meterai Usahasama Strategik

Rick Astley Will Never Give Up For Twin Towers Alive 2014