in

Dato Seri Vida Muncul Viral Dengan Lagu Raya Berjudul LAVIDA RAYA

DSV Muncul Viral Dengan Lagu Raya Berjudul LAVIDA RAYA

Bila sebut sahaja nama Dato Seri Vida (DSV) pasti ramai yang mengenalinya sebagai seorang wanita jutawan kosmetik yang terkemuka di Malaysia. Seorang wanita yang gemarkan warna merah jambu ini mempunyai watak yang happy go lucky, berani dan cekal.

Dato Seri Vida

Pada tahun lepas 2017, beliau telah mengeluarkan lirik video ‘I Am Me’ di laman Youtube, lantas video itu menjadi viral dah mencapai 11 juta tontonan. Lirik video berkonsepkan glamour, mewah, cekal dan ranggi itu telah menelan belanja jutaan ringgit, termasuk majlis pelancaran lagu yang luar biasa di salah sebuah pusat beli belah di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Kini, tahun 2018 DSV muncul kembali dengan lagu raya berjudul ‘Lavida Raya’. Sebuah hasil lagu ciptaan Cat Farish dan penulis lirik oleh Mohd Hilmi. Pastinya DSV akan membawa kelainan pada lagu raya tahun ini. Sebuah lagu yang fresh dan luar biasa oleh DSV!

Nantikan official muzik video ‘Lavida Raya’ di Youtube pada 1 June 2018!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Cristiano Ronaldo Trending di Saluran Youtube Malaysia

Firefly Airlines For Your Raya It’s All About Giving