in , ,

Dato’ M. Nasir Hidupkan Semula Lagu SENANDUNG MELAYUKU

Barang Lama Dato’ M.Nasir Dihidupkan Semula

Kata-kata pujangga di atas merupakan sebahagian daripada lirik dalam lagu ‘Senandung Melayuku’ yang dinyanyikan oleh M.Nasir, gubahan oleh beliau sendiri dan juga Brad Parker, manakala liriknya pula telah ditulis oleh Keon.

 Lagu ini telah dicipta dan dirakam pada tahun 1998 sebagai salah satu daripada 4 lagu dalam sebuah projek album antarabangsa hasil kerjasama Luncai Emas dan bekas syarikat rakaman antarabangsa, BMG. 

Namun pada waktu itu, atas dasar-dasar tertentu, lagu ‘Senandung Melayuku’ bersama dengan sebuah lagu lagi yang berjudul ‘I Have A Name’, tidak berpeluang untuk dilancarkan lalu hilang tanpa ada rancangan selanjutnya. 

“Oleh kerana hal-hal tertentu, projek itu terkandas. Namun, empat lagu berjaya dirakam dan salah sebuah lagu itu adalah ‘Senandung Melayuku’. 

“Ia dirakam pada 1998. Selepas terkandasnya projek album tersebut, Luncai Emas sendiri tidak berbuat apa-apa untuk meneruskannya.

Tetapi, ada di antara keempat-empat lagu itu dimuatkan dalam album kompilasi M Nasir. Sebagai contoh lagu ‘Dalam’ yang liriknya dihasilkan Loloq,”

– Keon
Keon

Kini, pada tahun 2022, lagu Senandung Melayuku timbul semula sebagai keluaran terbaru Luncai Emas dan single terbaru Dato’ M.Nasir. 

Memandangkan M.Nasir sudah lama tidak muncul dengan single baharu, Keon berkata, pihak Luncai Emas mengambil keputusan untuk meluncurkan lagu itu di YouTube Luncai Emas Sdn Bhd.

Dalam lagu ini Dato’ M.Nasir telah bekerjasama dengan Brad Parker, seorang komposer dan producer yang berasal dari Amerika Syarikat. 

Beliau merupakan seorang penulis yang telah banyak menyumbang kepada industri musik di sana, di mana banyak lagu tulisan beliau telah dinyanyikan oleh artis-artis popular Amerika Syarikat, seperti Cher, Richard Page, Kieran Goss dan juga artis-artis Asia seperti Andy Lau di Hong Kong dan Jaya di Filipina. 

Lirik Senandung Melayuku ditulis oleh Keon, seorang penulis lirik yang tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air. Banyak lirik yang dipena beliau dan lagu-lagu yang membawanya telah menjadi ‘hit’, seperti Relaku Pujuk oleh Spider, Kejoraku Bersatu oleh Search, Joget Angan Tak Sudah oleh Jay Jay, Tunggu Aku Datang oleh Hazama , Di Bayang Awan oleh Awie , Raguku oleh ELLA dan banyak lagi. 

Keon berkata “Bila diminta menulis lirik untuk lagu ‘Senandung Melayuku’, saya terkejut. Tak sangka dia minta saya menulis lirik lagu yang dia sendiri akan nyanyikan. “Selama bersama dan membantu kerjaya muzik beliau, saya tidak pernah meminta atau bertanya untuk menghasilkan lirik lagu buat beliau,” katanya.

Menurut Keon lagi, sebagai pencipta lagu, M.Nasir mempunyai pilihan untuk menentukan penulis lirik yang sesuai untuk lagu-lagu nyanyiannya.

“Dan, kalau kita kaji kebanyakan lagu-lagu nyanyian beliau, banyak sekali liriknya dihasilkan arwah Loloq atau Rosli Khamis. 

“Memang beliau serasi bersama Loloq dan hal itu kita tidak boleh nafikan. Kita perlu hormati hakikat itu,”

– Keon

Tahun lepas, Senandung Melayuku juga telah menjadi lagu pembukaan bagi MATHNAWI, sebuah dokumentari pendidikan RTM 13 Episod terbitan Luncai Emas, yang menceritakan tentang sejarah karya- karya agung lama Tanah Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Syair Siti Zubaidah, Gurindam 12, Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Pelayaran Abdullah dan lain-lain lagi.

“Ia telah pun ditayangkan di RTM awal tahun ini,” katanya.

Team Luncai Emas juga berpendapat, walaupun ianya bukan karya baharu, namun ia jarang didengar serta tidak diketahui peminat di luar sana.

Sebuah video lirik rasmi untuk single ini telah pun sedia dimuatnaikkan ke dalam laman Youtube Luncai Emas untuk tontonan semua. Lagu Senandung Melayuku juga boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. 

“Ramai suka bunyian dalam lagu ini. Mereka kata sedap. Memang mengakui kehebatan kolaborasi M Nasir Dan Brad Parker,”. 

“Lagu ini untuk dendangan M Nasir dan pastilah beliau meletakkan harapan dan jangkaan tinggi untuk saya hasilkan yang terbaik’’. “Alhamdulillah, selepas menghasilkan lirik ini buat pertama kali, beliau terus terima dan merakam suara’’ . kata Keon lagi.

Sejak ia mula dimuat naik di YouTube pada 24 Januari lalu, maklum balas peminat sangat positif.

Luncai Emas berharap dengan rilisan lagu ‘Senandung Melayuku’ ini dapat mengubat rindu untuk semua peminat Dato’ M.Nasir dan masyarakat luar di sana yang sentiasa menyokong kerjayanya serta yang pasti sudah lama menanti karya terbarunya. 

Dato' M. Nasir Hidupkan Semula Lagu Senandung Melayuku

LIRIK SENANDUNG MELAYUKU

M.Nasir

GODAANMU PADUKA RATU

DI WILAYAH BUMI MELAYU

KU DAMBA PETUNJUK DARIMU

BISA JADI PENAKLUK KALBU

TANAH INI KAMPUNG KENCANA

SUBURKAN IA DENGAN FATANA

BIAR BERTEMPIK PUNCAK KINABALU

MUNTAHAN API KARAKATAO

ADAT DAN KATA HILANG TAK MUNGKIN HILANG

SIN SYIN SAD … SINI KAU BERSEMENDA

SIN SYIN SAD … SINI KAU BERPESAKA

SIN SYIN SAD … SINI ENGKAU BERTANDA

SIN SYIN SAD

Aaa… Aaa… Aaa

SIMBAHKAN KARUNIA

GEMA SAKTI IRAMA NAFIRI

DALAM JIWAMU ADA SETERU

MUSNAHKAN IA JANGAN KAU RAGU

JIKA BERTEMBUNG AKAL DAN NAFSU

PILIHANMU HANYALAH SATU 

LEPASKAN INI ENGKAU MARTABAT RATU

RIBUT LAUT DALAM

PANDAI MALIM LAWAN

RIBUT KITA TENGKUJUH BADAN

JANGAN SAMPAI KARAM

ASAL KITA DIALAH

MAKAM DIA SAYANG

ASAL KITA DIALAH

KITA RINDU RAWAN

Lagu : M.Nasir & Brad Parker

Lirik : Keon

Hakcipta Lagu : Luncai Emas Sdn Bhd & BMG Publishing

Hakcipta Lirik : Luncai Emas Sdn Bhd

Hakcipta Rakaman : P2007   LUNCAI EMAS SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Moon Knight

Disney+ Hotstar Debuts Marvel Studios’ MOON KNIGHT Super Bowl TV Spot

Nana Mahazan | 21

Nana Mahazan Beauty Bangkit Perkasakan Wanita, Sasar Tembus Asia Tenggara