in , ,

Data Internet Percuma 1GB Dilanjutkan Lagi, Manfaatkan 44 Juta Pengguna

Di tengah rakyat tengah tertekan dengan kengkangan ekonomi yang merudum ini, sudah tentu bantuan dari segi keperluan data internet sangat penting untuk melayari internet dan kerja secara online. Sekurangnya dapat mengurangkan bebanan rakyat. Kalau dilanjutkan sampai bila-bila pun tak apa, lagi bagus la kan?

Melalui siaran langsung Pengumuman Khas Pakej PEMULIH oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beberapa pakej bantuan telah diumumkan. Melalui PEMULIH atau Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi, sejumlah RM150 bilion telah diperuntukan untuk merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan bernilai RM10 bilion.

Ketika ini kemudahan internet diibaratkan sebagai utiliti keperluan asas bagi kesemua sektor seperti PdPR, pembelian dalam talian, perkhidmatan kerajaan serta swasta.

Data Internet Percuma 1GB Dilanjutkan Lagi

Lanjutan daripada itu, Perdana Menteri menyatakan semua syarikat pengendali rangkaian utama bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemberian 1GB data internet percuma sehingga 31 Disember 2021.

Kemudahan ini dijangka bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tangguh Video Muzik Lagu INFINITI, The Truth Akur Dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara

Syafiq Farhain Tetap Positif Walaupun Lagu KAU BIDADARI Terperam Dua Tahun Lamanya