in , ,

Dari Sukan Olahraga, Nishman Kini Bergelar Penyanyi, Lancar Single MAAFKAN

Syarikat pengurusan bakat, MindOrder berbesar hati memperkenalkan artis terbaharu mereka, penyanyi remaja lelaki dikenali sebagai Nishman dengan lagu sulungnya berjudul ‘Maafkan’. Potensi Nishman mula dikesan sejak protégé kepada penyanyi, komposer dan pelakon popular, Naqiu ini menyertai program hiburan I Can See Your Voice Malaysia 3 (2020).

Naqiu selaku panel jemputan dalam salah satu episod program itu tertarik pada personaliti dan kelincahan Nishman dan mencadangkan kepada pengurusan MindOrder untuk uji bakat susulan.

Nishman, 18, berjaya meyakinkan MindOrder dan Naqiu menerusi ton suara, personaliti dan paras rupa yang menarik pada sesi ujibakat tertutup yang diadakan.

Tarikan yang dimiliki oleh Nishman menepati kriteria pencarian MindOrder untuk melahirkan bakat pelapis yang berpotensi dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi.

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam dunia nyanyian, Nishman mengakui dia sememangnya begitu minat menyanyi, meskipun pernah aktif dalam bidang sukan.

“Dahulu saya seorang atlet dalam sukan olahraga dan pernah pernah bersekolah di sebuah sekolah sukan. Namun, disebabkan kecederaan yang dialami, saya terpaksa meninggalkan sukan.

“Kini, saya mahu mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi pula. Malah, keluarga pun turut memberikan sokongan kepada saya agar apa yang diimpikan akan tercapai,”

– Nishman
NISHMAN

Dalam usaha untuk merealisasikan impiannya, Naqiu dan MindOrder mula membangunkan Nishman melalui pelbagai latihan dan persiapan rapi pada aspek vokal dan nyanyian, persembahan pentas, komunikasi dan personaliti diri sebelum bergelar penyanyi profesional.

Akhirnya, selepas setahun proses pembelajaran, akhirnya Nishman dalam bidang muzik tanah air menerusi lagu pertamanya, Maafkan ciptaan Naqiu dan lirik Wit & Mohsen.

“Sepanjang mendapat bimbingan Naqiu, banyak perkara yang saya pelajari. Saya yakin dengan segala ilmu yang diperolehi ini akan membuka peluang lebih cerah untuk saya bersaing dengan penyanyi sedia ada.

“Begitu juga dengan syarikat pengurusan saya iaitu MindOrder yang banyak membantu agar saya dapat mengejar impian saya ini,”

– Nishman

Lagu pop yang menonjolkan kemerduan suara Nishman itu mengisahkan tentang penyesalan seseorang yang mengharapkan kemaafan atas kesalahan dirinya yang berulang kali terjadi.

‘Maafkan’ kini berada di semua platform penstriman digital – Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, Spotify dan Tidal sejak 1 Oktober lalu. Video lirik ‘Maafkan’ juga boleh ditonton di saluran YouTube MindOrder bermula tarikh yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi 11.11 HONOR Sudah Tiba! Dapatkan HONOR 50 dari RM1,539!

Stream MALIGNANT Exclusively On HBO GO From November 11