in , ,

Kata Aluan Dari Sharad Sharan Pengarah Filem DIVA

Sharad Sharan merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia, kelahiran India. Beliau terkenal kerana mengarahkan trilogi filem Lagenda Budak Setan, Sharad juga merupakan pengarah urusan Tarantella Pictures yang ditubuhkan pada 1995.

Waktu tayangan dari tarikh penghabisan pengambaran Diva hampir mengambil masa setahun lamanya. Oleh kerana projek filem Diva adalah gabungan tiga buah negara pengemar dan pengiat filem yang julung kali diadakan, ia telah menelan banyak masa dan keringat.

Namun saya amat berterima kasih kepada syarikat penerbitan filem yang terulung di negara ini iaitu Astro Shaw kerana mempunyai wawasan untuk mengambil industri filem Malaysia ke tahap antarabangsa.

Melalui anak syarikatnya Nusantara Films dengan kerjasama Tarantella Pictures, Diva adalah hasil terbitannya yang pertama untuk tontonan pawagam diserantau Asia. Krew teknikal dan pengarah Diva berasal dari India manakala pelakonnya pula adalah gabungan bakat dari Indonesia dan Malaysia.

593845570 D36Eaa626C | 4

Saya berharap orang-ramai dari seluruh peringkat umur akan berseronok ketika menyaksikan filem ini kerana ia penuh dengan drama serta adegan-adegan yang menonjolkan aksi tenaga anak-anak muda dari seluruh pelusuk rantau ini.

Penyanyi Ning Baizura ketika pengalamannya membikin filem Diva berkata:

“Ning dapat berkerja rapat dengan komposer India yang terkenal seperti Mithoon dan bapanya Naresh Sharma untuk lagu tema filem Bintang Impianku, iaitu sebuah lagu tentang cubaan untuk mencapai yang terbaik.”

Ning Baizura

Seperti Ning, kami mencuba yang terbaik untuk menghiburkan penonton wayang tempatan serta di Indonesia, India, Singapura dan Brunei; dimana filem in juga akan ditayangkan. Dengan lirik tulisan dari penulis yang tidak asing lagi iaitu Loloq, kami berharap pendengar akan terhibur dengan pilihan lagu-lagu yang diinspirasikan oleh tenaga karyawan dari seluruh pelusuk rantau ini.

Syabas dan Majulah Filem Malaysia!

627381799 2307A889De O | 5

Daripada,
Sharad Sharan, Pengarah dan Penerbit

[Baca kisah hidup Ning Baizura sepanjang tahun] 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura 2020 | 26

Sinopsis & Watak Dari Filem DIVA Lakonan Ning Baizura

Dayang Nurfaizah | 27

Lirik HANYA PADAMU Nyanyian Dayang Nurfaizah