in ,

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Melangkah penuh anggun persis model dengan wajah jelita, boleh dikatakan wanita ini memiliki pakej lengkap didambakan kaum hawa.

Malah, berpengalaman sebagai pramugari sebelum membuat keputusan berhenti kerja, wanita ini tidak pernah merancang untuk menyertai dunia perniagaan.

Semuanya terjadi secara kebetulan apabila sekitar 2017 apabila figura ini mahu mengumpul duit  untuk mendirikan perkahwinan dengan menawarkan perkhidmatan spa di rumah.

Namun, Nyak Amira Natasha Nyak Zurimin tidak pernah terbayang usaha gigih dan niat murni untuk mendirikan masjid ketika itu akhirnya membuahkan hasil apabila perniagaannya terus berkembang maju hingga berjaya membuka sebuah pusat medispa.

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Terus meniti kejayaan, medispa miliknya kini dinaik taraf sebagai klinik estetik yang dinamakan Klinik N’Mira selepas enam tahun mengusahakan perkhidmatan kecantikan di medispa tersebut. 

Ibu muda berusia 29 tahun itu berkata, kejayaan pembukaan klinik tersebut merupakan simbol dedikasi, ketabahan dan semangat berpasukan bersama semua yang terlibat sejak awal perniagaannya lagi.

“Kejayaan ini bukan datang bergolek, sebaliknya dengan jerit perih, keringat dan air mata. Permulaan bisnes saya hanya dari rumah, iaitu rawatan kecantikan seperti facial untuk pelanggan.”

“Semuanya dilakukan sendiri dengan dibantu seorang kakitangan semata-mata mahu membantu kewangan suami ketika itu. Berkat kesabaran, akhirnya dibukakan jalan dengan rezeki yang tak disangka untuk meneruskan sebagai kerjaya dan mengasaskan sebuah klinik estetik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Klinik N’Mira di The Prime, Dataran Puchong baru-baru ini.

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Bermula Dari Bawah

Menurut Amira, transformasi perkhidmatan medispa kepada klinik estetik bukan tugas mudah kerana memerlukan kriteria yang amat ketat bagi mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan.

Oleh itu katanya, seorang yang bertauliah dalam bidang perubatan estetik perlu dilantik untuk menjalankan prosedur rawatan kecantikan dan dia telah melantik Dr Fadhzillah Azhraf sebagai Pengarah Eksekutif Klinik N’Mira dan doktor estetik selain kelengkapan dari segi perubatan dan rawatan.

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Dalam pada itu katanya, objektif utama klinik tersebut adalah untuk memberi kepuasan yang menyeluruh dan bertepatan dengan perkhidmatan yang dimahukan dengan harga yang mampu di tanggung pelanggan.

Beliau berkata, harga yang ditawar oleh kliniknya bukan sahaja murah berbanding klinik lain, malah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan.

“Klinik N’Mira berusaha mencipta persekitaran di mana setiap orang merasa selesa dan membuang tanggapan stigma masyarakat tentang klinik estetik.

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Rawatan Klinik Dengan Harga Berpatutan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik N’Mira ialah rawatan membantu menguruskan badan atau meruncingkan wajah, yang juga merupakan sebahagian daripada servis paling popular dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggannya.

“Dengan moto ‘Kecantikan Anda Keutamaan Kami’, Klinik N’Mira akan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan.

Dari Pusat Kecantikan, N’mira Beauty Medispa Kini Dinaiktaraf Klinik N’Mira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Terjah Pejabat Menerusi Program Ngopisuria Untuk Hargai Pendengar

Kempen KAO Malaysia Dengan Kerajaan Selangor Kini Giat Banteras Denggi