in ,

Daniel Fong Lancar Single SING ME HOME

Syarikat Hiburan Griffin, dengan bangganya memperkenalkan penggemar kecergasan yang sekarang bertukar menjadi penyanyi, Daniel Fong kepada anda melalui lagu single “Sing Me Home”.

Pada jam 3 petang hari ini, seorang penyanyi remaja baru berbakat besar yang kini sedang meningkat naik, Daniel Fong debut dengan lagu single SING ME HOME di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur. Budiey ucapkan tahniah buat Daniel Fong di atas pelancaran single ini. Semoga sukses milik anda untuk tahun 2019 ini ya.

Daniel Fong

“Semua bintang lahir dalam kegelapan dan semua legenda adalah bintang-bintang yang paling terang di dalam galaksi.”

– Daniel Fong

Daniel dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan dia seorang alumni Monash University di Australia sejak tahun.

Dia sangat berminat dengan bidang kecergasan sejak berumur 13 tahun lagi dan dia seorang jurulatih ‘cross-fit’ yang diperakui dan pernah menyertai pelbagai aktiviti kecergasan dengan giat dalam tempoh beberapa tahun yang lalu.

Muzik Video SING ME HOME – Daniel Fong

Selain menyanyi, Daniel Fong juga menjadi model utama untuk majalah dan penggambaran editorial. Sekarang dia telah memulakan karier berlakon dan menyanyi di bawah sokongan Syarikat Hiburan Griffin untuk pasaran tempatan dan di peringkat antarabangsa.

Daniel Fong

“Mari nyanyi bersama, kerana Daniel akan menyanyi demimu.”

– Daniel Fong

Daniel telah mengambil banyak inisiatif untuk membina dan mengembang kariernya dengan melibatkan diri dalam pertandingan bakat China yang dianjurkan dan dihasilkan oleh Anhui Television serta MBC Korea, di mana dia berjaya melayakkan diri ke 15 tempat teratas.

Dia bukan sahaja melibatkan diri dalam drama-drama Melayu dan Cina, rancangan hiburan TV tempatan, malahan menjadi model utama untuk majalah dan iklan serta penglibatannya dalam kempen media sosial untuk pelbagai label.

Lagu single “Sing Me Home” dicipta khusus untuk Daniel daripada Gabriel Lynch, seorang penyanyi-penggubah lagu Australia yang popular dengan lagu “Another Apology”, “Language of the Affair” dan lain-lain lagi.

Ia dirakamkan di salah satu studio terkenal di Asia iaitu Maveriq Studio. Lagu ini digubah dan dihasilkan berdasarkan pengalaman Daniel yang mengekalkan hubungan jarak jauh dengan kekasihnya.

Ia merupakan lagu sentimental, indah dan merdu kepada mereka yang mempunyai pengalaman yang sama seperti Daniel.

“Jika cinta sebuah permainan, kita pasti menang. Tak kira anda menyanyi di mana-mana saja, kita seperti sudah pulang rumah.”

– Daniel Fong

Lagu single ini dapat dicari di YouTube, Spotify, JOOX, KKBOX, Apple Music & iTunes, Deezer.

Ikut Daniel di platform sosial media:

Instagram : https://www.instagram.com/danielfongwc
Facebook : https://www.facebook.com/danielfongwc
YouTube : https://bit.ly/2B9JnM1

Daniel Fong
Daniel Fong



Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagusnya! Suria Edarkan 300 Beg Sekolah

Selebriti Popular Meriahkan Party Tahun Baru TikTok