in , ,

DANGERDISKO Lancar Single Berjudul ASTRAL Yang Dirakam Semasa PKP

DANGERDISKO kembali lagi ke arena muzik tanahair dengan single terbaru mereka ‘Astral’ yang telah dirakam semasa musim lockdown. Lagu tersebut memaparkan suara latar istimewa dari Irena Taib dari kumpulan The Impatient Sisters dan telah menerbitkan sebuah video muzik animasi hasil kerja pereka visual tempatan: Metakaji & Hyfy.


Pada Julai 2021, Malaysia sekali lagi melalui perintah berkurung yang ke-3. Berdepan dengan sebuah cabaran yang baru, ahli kumpulan DANGERDISKO, Farez (Robotron 5000) dan Shah (Shaheed Naz) telah mengambil keputusan untuk bekarya dengan menggunakan sistem yang baru.

Pada masa itu, kami dah tak berjumpa dah hampir setahun lebih” kata Farez. “Sebagai seorang kreatif, perbatasan untuk berkarya ini adalah suatu cabaran yang sangat hebat”

Pada awal tahun 2020; lantas sebelum pandemik Covid-19 telah bermula merebak di Malaysia, Shah telah memulakan bisnes perladangannya di Tanjung Malim, Perak.

Apabila kerajaan telah mengambil keputusan untuk memulakan sekatan pergerakan dan menghadkan pergerakan di antara negeri, keputusan itu secara tidak langsung telah memberikan impak kepada cara DANGERDISKO berkarya.

DANGERDISKO

Saya tidak dapat ke Kuala Lumpur, jadi kami cuma dapat membuat panggilan Zoom sebulan sekali. Selalunya kami berbincang tentang hal keluarga dan kerja.” ujar Shah. “Kami juga tidak dapat lakukan persembahan fizikal. Oleh itu saya telah sarankan Shah untuk membawa komputer peribadinya ke ladangnya dan kita cuba cara menulis muzik yang baru” kata Farez.

Berbekalkan kemudahan internet yang asas, ternyata eksperimen bekarya secara norma baharu mereka berkesan.  Mereka berjaya menulis berberapa lagu yang baru 100% diatas talian dan telah merilis sebuah single di bawah naungan label synthwave di United Kingdom pada pertengahan tahun 2021.

Menarik juga berkarya begini. Ia mengingatkan saya pada zaman zaman muda waktu persekolahan dahulu – saya akan rakam berberapa kerat ‘riff’ dengan gitar, dan pada waktu petang lepas sekolah, saya akan ke rumah Shah dan kongsikan lagu kepada dia. Dia akan melengkapkan lagu tersebut dengan sentuhan tersendiri dia.” ujar Farez.

“Oleh itu saya sudah mula kembali berjinak jinak bermain dengan peralatan muzik seperti gitar dan juga menyanyi. Dulu, saya cuma menyanyi sebagai demo panduan untuk artis lain sahaja, tetapi sekarang saya ingin cuba mencabar diri saya sendiri”

Tema tema lagu DANGERDISKO juga sudah mula menunjukkan tanda tanda kedewasaan. Mereka kini lebih selesa menulis tentang isu isu kehidupan harian, kerohanian dan kesihatan mental.

“Muzik elektronik ini adalah sebuah kanvas kosong yang boleh digunakan untuk menceritakan pelbagai aneka cerita” tegas Farez.

“Tidak semestinya lagu elektronik cuma menceritakan hal hal yang tidak berakal. Kami sentiasa cuba menyelitkan sebuah cerita yang mempunyai pengajaran kehidupan didalam lagu lagu kami.”

Astral ialah sebuah lagu yang diilhamkan oleh isu isu yang membelenggu vaksinasi. Lagu ini menceritakan tentang pilihan dan akibat yang menghantui masyarakat kita. Diterbitkan secara independen, lagu tersebut telah diadun dan dimaster oleh DANGERDISKO tersendiri dan memaparkan suara latar istimewa dari Irena Taib dari kumpulan The Impatient Sisters.

Lagu ini juga mempunyai sebuah muzik video animasi yang diterbitkan oleh pereka visual tempatan: Metakaji & Hyfy.

Video berdurasi 5:03 ini telah dibuat secara independen dan dibuat 100% di studio kecil di rumah. Proses animasi ini telah mengambil masa hampir 4 bulan.

“Kami agak berbangga dengan hasil kerja kami ini. Kami mahukan pendengar muzik kami untuk memahami dan menghayati mesej yang cuba disampaikan dia dalam karya kami ini” ujar Farez dan Shah.

Astral boleh didapati di iTunes, Amazon, Google Play, Spotify, Tidal dan semua platform muzik digital terkemuka. 

Muzik Video rasmi Astral akan dilancarkan pada 22.2.22 pada pukul 2:22pm.

Pautan ke Tayangan Perdana: https://youtu.be/W3jK366oJRQ


Hashtag rasmi:

#dangerdisko #astraldd

Pautan Media Sosial:

​FB: www.facebook.com/dangerdisko

Soundcloud: www.soundcloud.com/dangerdisko

Twitter: www.twitter.com/dangerdisko

Youtube: www.youtube.com/dangerdisko

Mixcloud: www.mixcloud.com/dangerdisko

Bandcamp: https://dangerdisko.bandcamp.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dolla Bikin Transisi Amat Dasyat Dalam ‘BAD’, Sebuah Lagu Bertemakan Pemerkasaan Wanita

TRAVEL

Grab Menyamakan Persaingan Untuk Mereka Yang Kurang Pendengaran Dengan ‘Scan To Order’