in

Dana Krishen Jit Astro 2012

DANA KRISHEN JIT – ASTRO 2012

ASTRO MENYOKONG SENI TEMPATAN SEJAK 2006

[dropcap]S[/dropcap]udah lebih tujuh (7) tahun, Astro dan Five Arts Centre menyokong usaha-usaha penggiat-penggiat seni tempatan melalui pemberian geran yang membantu mereka merealisasikan projek-projek kreatif.

Tahun ini, Dana Krishen Jit – Astro 2012 diteruskan dengan penyediaan geran sebanyak RM32,000 kepada lima (5) individu yang berjaya.

Dana Krishen Jit Astro 2012

Marion D’Cruz, Pengasas Bersama Five Arts Centre berkata,

“Kami amat bangga dan gembira dengan kolaborasi Dana Krishen Jit – Astro yang dijayakan buat kali ke-7 tahun ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyumbang sebanyak 24 geran kepada para penggiat seni bagi pelbagai karya seni yang kreatif. Tahun ini kami telah menerima sebanyak 37 permohonan yang memaparkan bakat dan cita-cita daripada ramai penggiat seni.”

Lima penggiat seni berbakat telah dipilih untuk menerim a geran Dana Krishen Jit – ASTRO 2012 untuk membantu mereka merealisasikan projek-projek pilihan mereka:

  • i) Margaret Bong – untuk menghasilkan dokumentari mengenai budaya penghasilan garam di Borneo.
  • ii) Agnes Lee Agama – untuk mengadakan bengkel pembikinan filem komuniti bagi orang asli dan komuniti tempatan.
  • iii) Ng Chor Guan – untuk menghasilkan siri muzik eksperimental baru.
  • iv) Too Chee Hung – untuk menghasilkan karya seni kontemporari dalam pembuatan dan menerbangkan layang-layang.
  • v) Lim Li-Ling – untuk menghasilkan dokumentari foto dan multimedia mengenai kumpulan Opera Hokkien, Shio Kee Lin (SKL)

“Lima penerima geran tahun ini telah dipilih menerusi pertimbangan teliti oleh panel pemilihan. Kami berharap dapat membantu penggiat-penggiat seni ini merealisasikan projek-projek mereka,” tambah beliau.

[dropcap]S[/dropcap]ebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Astro, Dana Krishen Jit – ASTRO memainkan peranan utama dalam membantu untuk memupuk dan membangunkan industri seni yang semakin berkembang di Malaysia. Dilancarkan pada tahun 2006, Dana Krishen Jit-ASTRO telah diperkenalkan oleh Astro dan Five Arts Centre sempena memperingati mendiang Krishen Jit – ikon Malaysia yang terkenal dengan hasil karya seni yang telah memberi impak kepada peningkatan pembangunan teater tempatan dan kepelbagaian bidang seni.

Sepanjang tujuh (7) tahun ini, Dana Krishen Jit telah menganugerahkan geran-geran sehingga RM224,000 untuk menyokong sebanyak 24 projek dalam bidang Seni, yang setiap satunya mengilustrasi gambaran identiti Malaysia dalam bentuk filem, dokumentari, pameran, persembahan teater, muzik, tarian dan banyak lagi.

Para pemohon telah dinilai oleh Panel Pemilihan berikut: –
i) Dato’ Norliza Rofli (Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan)
ii) Leow Puay Tin (Ketua Jabatan Pementasan dan Media di Universiti Sunway)
iii) Wakil-wakil dari Astro dan Five Arts Centre

Untuk maklumat lanjut mengenai Dana Krishen Jit – ASTRO dan Five Arts Centre, sila layari www.fiveartscentre.org atau hubungi Five Arts Centre di 03-7725-4858

Dana Krishen Jit Astro 2012

Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaydia beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Kandungan dan Digital. Ditubuhkan pada 1996, Astro kini mempunya 50% penembusan daripada rumah televisyen di Malaysia atau 3.1 juta pelanggan, menjadikan ia sebagai pengendali TV pra bayar utama di Asia Tenggara. Siaran Astro mempunya lebih dari 160 saluran, di mana 27 daripadanya merupakan saluran HD, adalah innovator utama dengan pengenalan HD, 3D dan juga PVR yang pertama di Malaysia, serta Video-On-Demand, kandungan Over-the-Top serta perkhidmatan IPTV. Astro juga merupakan pengumpul terkemuka, pencipta serta pengedar kandungan pelbagai bahasa yang asal dengan genre yang pelbagai merentasi semua saluran. Kedua-dua rangkaian radioa; terrestrial dan digital meliputi semua bahasa utama kumulatif dengan mencapai 13 juta pendengar seminggu dan telah tersenarai antara 10 stesen terbaik di negara ini. Rangkaian digitalnya meliputi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan hiburan dan majalah gaya hidup tempatan.

Sebagai pilihan orag ramai, Astro telah dianugerahkan sebagai “Brand of the Year” di majlis Putra Brand Awards Malaysia 2012. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang mencontohi inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.

Mengenai Five Arts Centre
Five Arts Centre adalah kolektif insan seni dan penerbit berdedikasi untuk menjana bentuk dan imej seni alternatif dalam persekitaran kreatif Malaysia. Skop kerja kolektif termasuk teater, tarian, muzik, seni visual dan teater golongan muda.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, Five Arts Centre amat komited dalam menggambarkan identiti Malaysia yang berbilang dan memperjuangkan kreativiti tempatan. Diasaskan oleh pengarah teater Chin San Sooi, Krishen Jit dan penari-koreografer Marion D’Cruz, Five Arts Centre telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan identiti Malaysia di dalam seni. Selama 28 tahun, Five Arts Centre berada di barisan hadapan dalam mewujudkan hasil kerja eksperimental, antara-disiplin dan antara-budaya, serta menyediakan platform untuk pengamal seni bagi generasi akan datang. Isu-isu kontemporari sosial dan budaya yang mempengaruhi kehidupan rakyat Malaysia dicetuskan oleh kolektif melalui pameran, persembahan, dan bengkel penyelidikan dan kreatif.

Kolektif telah mementas dan mempersembahkan hasil karyanya dengan meluas di Asia Tenggara, Jepun, Korea, Hong Kong, India, Mesir, Australia, Kanada, Jerman, Austria, Belgium, Portugal dan UK.

Dari tahun 2004 hingga 2006, Five Arts Centre adalah pengurus Arts Network Asia, sebuah organisasi serantau yang menyokong kerja seni di Asia. Pada tahun 2006, ASTRO dan Five Arts Centre melancarkan Dana Krishen Jit – ASTRO untuk menyokong hasil karya oleh rakyat Malaysia dan lain-lain yang komited terhadap pembangunan seni di Malaysia.

Hari ini, kolektif terdiri daripada 14 aktivis seni serta pengamal dari seluruh generasi dan disiplin. Ahli semasa Five Arts Centre termasuk Anne James, Chee Sek Thim, Chew Kin Wah, Fahmi Fadzil, Ivy N. Josiah, Janet Pillai, June Tan, Kubhaer T. Jethwani, Lew Chee Seong, Mac Chan, Marion D’Cruz, Mark Teh, Ravi Navaratnam, dan Suhaila Merican.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noh Salleh | 15

BlackBerry Music Mania Concert & Carnival 2012

Pierre Andre Tulis Novel Berunsurkan Islam Road to Darussalam