in , ,

Da’i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat

Pendakwah selebriti kontroversi Dai’ Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, yang didakwa di tiga mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol kini selesai membayar jumlah ikat jamin sebanyak RM35,000 pada Isnin.

Perkara tersebut telah disahkan oleh peguam beliau, Syed Amirul Syed Edros. Menurut Syed Amirul, walaupun ikat jamin telah dibayar namun mahkamah akan memaklumkan mengenai tarikh pembebasan Da’i Syed.Sebelum ini, Da’i Syed telah dihadapkan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Seksyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Dan, untuk pertuduhan cabul, mahkamah membenarkan Syed Shah Iqmal diikat jamin sebanyak RM5,000 dan bagi pertuduhan seks luar tabii sebanyak RM20,000 manakala, bagi pertuduhan rogol sebanyak RM10,000.

Da'i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat

Bagaimanapun, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu Da’i Syed TIDAK dibenarkan menganggu mangsa.

Terdahulu, bekas peserta program televisyen bercorak keagamaan itu dikenakan perintah reman oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee bagi membantu siasatan berhubung kes merogol gadis sejak September tahun lalu.

Sumber : Kosmo online 

Da’i Syed Tak Sabar Jumpa Ibu, Akhirnya Dilepaskan Dengan Ikat Jamin – “Saya Perlu Sedikit Ruang Untuk Pulihkan Jiwa Dan Mental”

SELEPAS 19 hari menjalani tahanan reman di lokap termasuk di Pusat Tahanan Reman Sementara di Beranang, pendakwah muda Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Setelah melalui satu tempoh sukar dan mencabar, Syed Shah Iqmal ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya memaklumkan perkara pertama yang ingin dibuat ialah bertemu ibu tercinta.

Da'i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat

“Alhamdulillah saya sihat dan semuanya baik-baik sahaja… mula-mula sekali nak makan dengan emak, saya nak berehat di rumah, bertenang dengan keluarga dan lepaskan rindu dengan mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang mendoakan kebaikan untuk saya, kalau tak ada mereka saya pun tiada semangat.

“Cuma buat masa ini saya perlu sedikit ruang untuk pulihkan jiwa dan mental… saya akui sedih dan cuma mampu berdoa,” katanya kepada mStar pada Selasa.

Syed Shah Iqmal ditemui selepas selesai proses jaminan kira-kira pukul 2.40 petang, Selasa.

Turut hadir peguam mewakili Syed Shah Iqmal iaitu Syed Amirul Syed Edros dan pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menyedari dikecam teruk netizen di media sosial, Syed Shah Iqmal berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan pelbagai tohmahan dan kritikan terhadapnya.

“Sekarang ini saya hanya mampu berdoa supaya Allah permudahkan urusan saya. Sebaik-baik orang adalah yang meminta maaf dan orang yang terbaik adalah yang memaafkan.

“Sekali lagi saya mohon maaf dan saya maafkan orang yang hina dan kutuk saya!” ujarnya.

Da'i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat

Pada Khamis lalu, Syed sepatutnya dilepaskan dengan ikat jamin bagaimanapun pihaknya gagal membayar jumlah yang ditetapkan sebelum kaunter bayaran di mahkamah ditutup pada pukul 5 petang.

Sehubungan itu Syed terpaksa dihantar ke Pusat Tahanan Reman Sementara Beranang, Selangor sementara menantikan proses ikat jamin selesai.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada Khamis lalu, Da’i Syed mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam.

Bagi pertuduhan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal mohon dibicarakan berhubung dakwaan melakukan seks luar aturan tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan perbuatan cabul mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM25,000 bagi kedua-dua dakwaan itu.

Sementara di Shah Alam pula, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang penganggur wanita berusia 23 tahun dalam kejadian pada 11 September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Rofiah Mohamad mengarahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin dengan tiga syarat ditetapkan mahkamah.

Syarat itu ialah tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa, melapor dirikan di Balai Polis Kota Kemuning, Shah Alam pada setiap 1 haribulan bermula 1 Januari ini selain dilarang berhubung dengan mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan pada 19 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes masing-masing di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Manakala 25 Januari ditetapkan untuk pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kes kepada Mahkamah Sesyen Shah Alam.

*Sumber: mStar Online

Balik ke Rumah Abang, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM35,000

Bekas peserta program realiti keagamaan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seksual telah dibebaskan dengan ikat jamin sebentar tadi.

Balik ke rumah abang

Menerusi posting yang dibuat oleh Mstar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepaskan dengan ikat jamin di kedua-dua Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini.

Makan minum semua okey

Dalam kenyataannya sepintas lalu merujuk kepada video yang dimuat naik sumber ke Instagram, Da’i Syed memaklumkan akan pulang ke rumah abangnya selepas ini.

Dia juga turut sempat memberitahu sepanjang berada dalam tahanan, makan minumnya dilayan dengan baik oleh pihak bertugas dan kondisi diri juga dalam keadaan sihat.

Abang & pengurus bayar ikat jamin

Dalam laporan yang dikeluarkan Kosmo pagi tadi, Pendakwah selebriti itu didakwa di tiga mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita minggu lalu telah selesai membayar jumlah ikat jamin RM35,000.

Perkara itu disahkan peguam, Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 25, ketika dihubungi semalam.

Syed Amirul juga memaklumkan, terdapat dua penjamin yang membayar jumlah ikat jamin tersebut iaitu abang dan pengurusnya.

“Di Mahkamah Petaling Jaya, penjamin merupakan abang tertuduh manakala di Mahkamah Shah Alam adalah pengurusnya.” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Pelakon Shah Hazvee Terima Gelaran Datuk Pada Usia 24 Tahun

Anugerah Juara Lagu Satu Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Nyanyian