in , ,

Dafi AF5 Dari Maestro Kini Dilamar oleh KRU Music

Dafi AF5 dilamar KRU Music. Wow! Tahniah buat Dafi! Hari tu kata akan jadi pengacara TV kat sebuah program baru kat Astro. Tak sangka dapat jadi artis bawah KRU selain di bawah pengurusan Maestro Talent. Memang high taste betul KRU Music ni. Semua penyanyi bawah dia hensem, kacak, macho, lawa, cantik dan jambu.

Dulu Adam AF2 dididik dan dilentur hingga menjadi seperti Rain. Hehehe, korang tengok kan macamana Adam perform dalam IKON MALAYSIA malam tadi. Sebijik macam penyanyi Korea, Rain. Eh! Rain tu dari Korea ke? Mmm… apa-apa je lah. Yang pasti Dafi sekarang kira akan melakarkan sejarah dan membuka lembaran baru dengan music baru yang sepadan dengan corak vokalnya.

Dafi Af5
Freddie Fernandez, Dafi AF5 dan Norman bakal bekerjasama
(Foto The Star)

Di bawah KRU Music sudah tentu akan lebih maju, mutu vokal pun akan lebih mantap. Showmanship lagi lah kan. Meletop cam Adam ni. Mesti havoc punya. Terkejut jugak saya bila dengar Dafi jadi artis KRU. Dafi ada packeging yang meletop. Dia ada penampilan, dia digemari dan suara serta bakatnya memang ada tarikan tersendiri.

Tidak baik dari segi vokal bolah diperbaiki, kan? Katanya, dah lama Dafi di-skodeng dan diintai oleh KRU MUSIC. Tapi sekarang pun, Dafi masih dibawah jagaan Maestro lagi kan. Kira satu gabungan la… jangan pula nanti berebut Dafi pula. Maklumlah, Dafi tu remaja jambu idaman Malaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benjy | 23

Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?

Dayang Nurfaizah | 24

Lirik Ingin Ku Miliki – Dayang Nurfaizah 2007