in ,

Program Percutian Keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam CTDK-ation

MENIMANG cahaya mata sulung, sudah pasti membuatkan setiap pasangan suami isteri berasa gembira dan teruja.

Pelbagai cara diguna pakaikan oleh ibu bapa baru ini, sama ada melalui album gambar mahupun akaun media sosial khas untuk dokumentasikan proses pembesaran anak-anak mereka.

CTDK-ation

Tetapi jika anda dari kalangan selebriti, tawaran untuk tampil dengan program jurnal yang menunjukkan perkembangan diri bersama bayi semasa proses kehamilan sehingga fasa berpantang sudah pasti tidak akan ditolak,kan!

Namun buat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kelainan yang ditonjolkan adalah melalui fortenya iaitu nyanyian.

Akui penyanyi Cahaya Cinta ini, Siti sudah mempunyai tiga melodi untuk dijadikan lagu istimewa buat anak sulungnya itu.

Khabarnya lagu tersebut sebagai hadiah istimewa buat cahaya matanya nanti.

“Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir.

“Idea datang ketika dalam bilik air di mana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar,” katanya dipetik mStar Online.

CTDK-ation

Walaupun sudah mempunyai tiga melodi, penyanyi berusia 38 tahun ini masih belum mempunyai lirik dan tajuk untuk lagu tersebut.

Menurut Siti, tajuk lagu tersebut akan diberikan selepas liriknya nanti siap.

Tambah Siti lagi, dia kini sedang menunggu kebenaran daripada suaminya, Datuk Seri Khalid untuk berkongsikan tentang jantina anaknya itu kepada umum.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru saya kongsikan dengan peminat,” katanya lagi.

Mengenai pemilihan nama anaknya pula, Siti menyatakan nama Siti akan diletakkan di depan nama sekiranya anak yang dikandungnya perempuan dan permulaan pangkal huruf A jika anaknya lelaki.

Dengar-dengarnya, Siti kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuka akaun Instagram buat anaknya itu.

Siti yang kini hamil enam bulan dijangkakan akan melahirkan zuriat sulungnya itu pada Mac 2018.

Dalam pada itu, penyanyi ini akan muncul dengan program percutian keluarga menerusi CTDK-ation yang akan disiarkan bermula 29 Disember ini di saluran Astro Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Penyiasat Menyamar Sebagai Bintang Bola Sepak Dalam MATADOR

Tiket Konsert SHEILA ON 7- LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 Kini Mula Dijual