in , ,

COVID-19: Haniff Derma Sebahagian Wang Gaji Untuk Penggiat Seni

PENYAMPAI radio Era, Haniff Hamzah bermurah hati menderma sebahagian daripada wang gajinya kepada penggiat industri hiburan yang bekerja secara bebas atau ‘freelance’ yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat sejak 18 Mac lalu.

Haniff berkata, idea itu timbul selepas dia mengendalikan program Reaksi Rakyat.

“Saya dimaklumkan ramai kru bekerja secara ‘freelance’ tidak ada kerja. Begitu juga dengan jurusolek yang ‘job’ mereka terpaksa dibatalkan.

Saya fikir, saya masih ada gaji bulanan berbanding mereka yang mengharap kepada tawaran kerja diberikan.

Kalau ada kerja, ada duit. Jadi, disebabkan itu saya ingin membantu mereka mana yang mampu.

“Sebagai contoh, jika baki gaji saya ada RM5,000, jadi RM3,000 saya akan kongsikan kepada yang memerlukan.

Walaupun setiap seorang jumlah tak banyak, tapi biar ramai yang dapat,”

– Haniff Hamzah

Haniff berkata, dia sudah mula mengagihkan sumbangan itu secara traksaksi pindahan hari ini.

“Saya tidak perlu kongsikan berapa ramai yang DM di Instagram. Biarlah saya saja yang tahu.

Malah, ada juga orang bukan dari industri hiburan yang menghantar DM, tapi saya bantu juga. Saya anggap ia rezeki orang itu.

“Dalam perkara ini saya tak nak fikir orang itu akan menipu atau tidak.

Tidak dinafikan, ada juga kawan yang mempersoalkan itu. Namun, apa boleh dikatakan, jika itu difikirkan sampai bila-bila pun saya takkan bantu.

“Menipu atau tidak, itu urusan dia dengan Allah SWT.

– Haniff Hamzah

Apa yang penting, niat saya ingin berkongsi dan membantu rakan dalam industri yang ketika ini sangat memerlukan,”

Menurut Haniff, dia terbuka untuk meneruskan perkara itu sekiranya PKP ini benar-benar memberi kesan pada golongan terbabit.

“Bulan depan tengok macam mana. Bergantung kepada keadaan semasa. Kalau masih sama, insya-Allah, tak ada masalah untuk saya bantu lagi,”

– Haniff Hamzah
Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dipercayai Ikut Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19, Satu Keluarga Di Indonesia Diserang Demam

Bank Negara Umum Tangguh Bayar Hutang Selama 6 Bulan