in , ,

COVID-19: foodpanda Memastikan Kesihatan & Keselamatan Untuk Rider

foodpanda menyediakan garis panduan berikut dan sokongan buat semua rider, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka yang berpanjangan sepanjang penularan COVID-19 ini.

Ketika wabak COVID-19 terus menular di seluruh Asia, platform penghantaran makanan utama, foodpanda, terus memastikan kesihatan dan langkah-langkah keselamatan tersedia untuk ridernya. foodpanda telah memperkenalkan strategi perkongsian komunikasi dan informasi kepada rider mereka untuk memastikan segala informasi dimaklumkan secara efektif sepanjang tempoh sensitif ini.

foodpanda Rider 1

Dalam memupuk persekitaran sekuriti, keselamatan yang telus, foodpanda telah melaksanakan langkah-langkah dan cadangan untuk mengutamakan perihal kesejahteraan rider seperti berikut:

  • Pakai topeng muka sepanjang tempoh kerja,
  • Basuh tangan dengan kerap dengan penggunaan air dan sabun,
  • Guna ​cecair pembasmi kuman tangan / ​sanitizer tangan sebelum dan selepas setiappenghantaran,
  • Kepilkan beg kertas dan tutup tudung bekas makanan dengan rapi,
  • Pensterilan beg penghantaran atau beg haba mereka
  • Jika mereka menunjukkan tandan-tanda kurang sihat atau sakit, mereka dikehendakiberjumpa dengan doktor dengan kadar segerafoodpanda akan menyediakan bantuan kewangan kepada rider-rider yang didapati terlibat dengan wabak COVID-19. Di bawah pelan perlindungan pendapatan yang diperkenalkan oleh syarikat, rider-rider foodpanda yang diletakkan di bawah tempoh kuarantin layak menerima elaun sebanyak RM300. Manakala rider-rider yang disahkan positif untuk COVID-19 akan menerima elaun sebanyak RM1,000 daripada foodpanda.Shubham Saran, Ketua Bahagian Logistik, menerangkan “Sepanjang tempoh sensitif ini, kami amat metitikberatkan perkongsian informasi terkini dengan rider kami, untuk memastikan segala keselamatan dan kesihatan mereka sepanjang tempoh shif/kerja. Kami juga kini sedang menyediakan lebih banyak bahan berinfomasi sebagai panduan, juga sebagai langkah kontingensi jika diperlukan. Kami amat komited dalam memberikan yang terbaik buat pelanggan, rakan-rakan restoran dan rider – dan mahu memastikan kesihatan rider kami semua terjamin.”

Sehubungan dengan ini, foodpanda telah menyediakan saluran komunikasi telegram khusus untuk semua riderkami untuk mendapatkan maklumat tentang segala perkembangan terkini, dan juga untuk menggalakkan perkongsian informasi.

Jaminan kualiti dan langkah-langkah kebersihan diri adalah digalakkan dan dikemas-kini secara kerap. Operasi penghantaran akan dipantau dan pelarasan akan dibuat sejajar dengan cadangan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

foodpanda Rider 3
foodpanda Rider 4

Mengenai​ ​foodpanda​:

foodpanda berazam membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 100,000 rakan restoran di lebih 325 bandar raya merentasi 13 negara di Asia serta Eropah Tengah. ​foodpanda aktif di Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, Laos, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh ​Delivery Hero​, sebuah peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

Mengenai Delivery Hero:

Delivery Hero merupakan peneraju industri penghantaran makanan dunia kedudukan pertama dalam pasaran dari segi restoran, tempahan dan pengguna aktif di 40 negara seluruh dunia khususnya di Eropah, negara-negara Timur Tengan & Afrika Utara (MENA), Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik. Delivery Hero juga menjalankan perkhidmatan penghantarannya sendiri di sebanyak 200+ kawasan bandar berindensiti tinggi di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih 21,000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com​.

Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari ​www.foodpanda.com​.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fesyen Working from Home WFH Jadi Ikutan Sepanjang Minggu Pengasingan Diri COVID-19!

Tampil Manis Bertudung, Ernie Zakri Doa Semoga Kekal Istiqamah