in , , ,

COVID-19: Penangguhan Konsert 4G, AME 2020 & FFM31 Perintah Kawalan Pergerakan

Semalam, Kementerian Kesihatan merekodkan penambahan 125 kes baharu coronavirus di negara ini, menjadikan keseluruhan kes positif wabak itu kepada 553 sehingga kini.

Kementerian Kesihatan dalam entri di Twitter rasminya berkata, sebanyak 95 daripada 125 kes baharu itu berkaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling, di sini pada pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Daripada keseluruhan 553 kes, 511 masih dirawat termasuk 12 di unit rawatan rapi (ICU) manakala 42 lagi pesakit sudah sembuh.

Jam 10 malam sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Menurut beliau, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah kawalan pergerakan ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Orang ramai juga diminua jangan panik dan memberi kerjasama agar dapat membendung wabak Covid-19 ini menjadi semakin parah.

Terdapat lima perkara yang meliputi Perintah Kawalan Pergerakan ini, iaitu:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara ini termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagi menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia

Sekatan dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia ke luar negara.

Bagi yang baharu pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

4. Penutupan semua insititusi pendidikan

Penutupan institusi dilakukan ke atas semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

Selain itu, penutupan tersebut juga melibatkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

Penutupan ini melibatkan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

1. Supermarket, Pasar basah, Seven Eleven, Speedmart 99, KK Mart dan kedai runcit — Buka.

2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Bank, Bursa Saham — Buka.

3. Kelab golf, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut — Tutup.

4. Workshop, kedai gunting, warung, restoren — Tutup.

5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah — Batal.

6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang — Tutup.

7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi — Tutup.

8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi — Buka.

9. Kedai baju, kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai reflexology — Tutup.

10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium — tutup.

5. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta

PENYANYI HIP HOP JOE FLIZZOW TANGGUH MAJLIS PERSANDINGAN

Menurut satu siaran media yang dikeluarkan oleh Joe Flizzow, beliau telah mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh majlis resepsi yang dijadualkan pada bulan April 2020.

Ini adalah berikutan pandemik Covid-19 yang membimbangkan. Flizzow atau Johan Ishak yang sepatutnya mengadakan majlis persandingan dengan tunangnya, Marini Ramlan pada awal April 2020 berkata, ianya sangat penting untuk kita mengamalkan penjarakan sosial bagi memelihara keselamatan dan kesihatan.

Walaubagaimanapun majlis akad nikah tetap akan dilangsungkan seperti yang dirancang dan akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Tarikh baru untuk majlis persandingan belum ditetapkan tetapi akan diadakan apabila situasi pulih.

ANUGERAH MELETOP ERA TANGGUH

Susulan penularan wabak coronavirus (COVID-19), Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang dijadualkan untuk berlangsung pada 12 April ini telah ditunda ke satu tarikh yang bakal ditetapkan kemudian.

Berikutan penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia, penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 12 April di Axiata Arena, Bukit Jalil akan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Melalui satu kenyataan media, pihak penganjur memaklumkan ini merupakan satu usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran wabak tersebut disamping memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. 

Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk acara tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19. Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air perlu dipertimbangkan.

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-31 DITUNDA

Selain Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME), anugerah berprestij iaitu Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19. 

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac berkata, tarikh penganjuran FFM31 yang dijadual berlangsung pada 9 dan 11 April ini terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Finas juga ingin memaklumkan bahawa lokasi malam perasmian FFM31 dikekalkan di Kuala Lumpur manakala lokasi malam anugerah FFM31 yang sepatutunya diadakan di Encore, Melaka ditukar ke lokasi lain di Lembah Klang.

Kemaskini terkini, menurut satu emel yang dihantar ke meja Budiey, sidang media FFM31 esok telah pun dibatalkan. 

KONSERT 4G DITUNDA 

Konsert 4G yang melibatkan Penyanyi popular Black, Hazama, Tomok dan Aki Ditunda. Berita ini disiarkan di Instagram rasmi penganjur konsert 4G hari ini. Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 April 2020 di Istana Budaya diterajui oleh composer dan Pengarah Muzik hebat tanahair Aubrey Suwito.

JACKIE ATLET PERTAMA POSITIF COVID-19

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong positif COVID-19.

Menurutnya, pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina tahun lalu itu dipercayai dijangkiti virus terbabit daripada ayahnya yang turut didapati positif COVID-19.

Disebabkan kes positif dekat Malaysia ni dah naik mendadak, korang semua mesti tengah panik kan? Tak tahu macam mana nak buat kalau tiba-tiba kerajaan isytihar arahan lockdown ni? Rasa macam nak borong semua barang dekat supermarket takut-takutlah kebulur pulak kalau tak boleh keluar rumah.

Tapi korang  please jangan panik, sebab bila korang panik korang akan borong semua benda dekat kedai sampai dah tak ada tinggal apa-apa dah untuk orang lain.

Lagi pun, korang tak payah beli semua benda dan buat stock sampai untuk berbulan-bulan, sebab kalau lockdown pun korang masih dibenarkan keluar untuk beli barang dan makanan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

So, apa yang korang patut beli? Ok sebelum tu, korang dinasihatkan untuk stock up paling lama pun untuk dua minggu sebab korang boleh keluar beli lagi kalau tak cukup dan untuk pastikan orang lain pun dapat juga bahagian dorang.

Senarai dekat bawah ni adalah makanan dan barangan yang korang patut beli dan simpan di rumah 

1. Beras

Sebagai orang Asia, kita memang tak boleh hidup tanpa beras kan? So, adalah sangat bernas untuk korang beli beras dan simpan dalam bekas kedap udara sebab beras ni boleh bertahan sampai lima tahun tau!

2. Makanan yang boleh dibekukan

Kalau nak beli makanan yang boleh simpan lama, korang beli makanan yang boleh dibekukan macam daging, ayam dan ikan. Tapi, make sure cara penyimpanan korang tu betul supaya makanan-makanan ni tak rosak.

Untuk sayur pula, korang boleh beli brokoli atau kobis bunga sebab ia boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais. Bawang, ubi kayu dan ubi keledek pun korang boleh simpan dalam peti ais.

Tak cukup dengan tu, kalau korang beli cili padi, buang tangkai dan simpankan dalam bekas kedap udara yang dah dialas dengan tisu lembap, ia boleh tahan hampir sebulan tau!

Oh ya, roti pun korang boleh bekukan dan simpan untuk jangka masa yang lama. Selagi tak berkulat, selagi tu boleh makan. Bila keluar dari peti ais tu, masuk je dalam toaster dan bakar. Settle!

3. Makanan dalam tin

Makanan dalam tin dah terbukti boleh simpan untuk jangka masa yang lama dan sekarang ni bukan je sardin yang korang boleh beli, ada macam-macam jenis makanan yang korang boleh dapat dari dalam tin, nak masak pun senang weh! Minyak jangan lupa!

On top of that, korang boleh save space dalam peti ais sebab makanan dalam tin ni boleh simpan je dekat luar.

4. Barang-barang keperluan asas

Selain dari makanan, korang jugak boleh barang-barang keperluan asas macam berus gigi, ubat gigi, syampu, tuala wanita, sabun basuh baju, topeng muka dan sabun basuh tangan serta ubat macam panadol dan minyak angin in case kalau korang dapat sakit-sakit ringan.

Again, admin nak ingatkan supaya korang jangan panik dan borong benda yang tak patut serta ingat orang lain okay? Setakat ni belum ada lagi arahan untuk lockdown, so korang boleh je beli sikit-sikit dulu.

Kepada semua penonton kami di Budiey Channel, Budiey nak berpesan agar sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Jika anda ada petanda nak sakit ke nak demam ke sesak nafas ke, pakai penutup muka dan segeralah berjumpa doktor. Amalkan kebersihan diri iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Kalau boleh buat masa ini, elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli belah, kawasan tumpuan pelancong dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna. 

Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat. Orang kata, kena beringat sebelum kena, jangan pula sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. 

Sekian dulu berita viral untuk kali ini. Budiey akan mengemaskini berita viral tentang penularan COVID 19 ini dari masa ke semasa, jadi dengan itu, kepada anda yang belum subscribe, budiey nak jemput anda semua supaya tekan butang subscribe dan loceng notifikasi. Okay…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Tawarkan Siaran Semua Saluran Filem Secara PERCUMA Selam

Travelog Alam Safari Dalam SAFARI BROTHERS Di TV1