in

Cornetto Uda & Dara

Cornetto Uda & Dara Ke Udara Di Kaca Televisyen Malaysia
Cornetto mendekati lebih ramai peminat melalui varian ais krim, duta jenama dan siri realiti TV baru

Wall’s Cornetto mendekati peminat ais krimnya di Malaysia dengan memberikan keyakinan yang diperlukan bagi membentuk hubungan bermakna melalui pelancaran siri realiti barunya, Cornetto Uda & Dara.

Dijadualkan ke udara melalui saluran Astro Ria bermula 16 Mei, Uda & Dara memupuk keyakinan di kalangan warga muda Malaysia untuk membantu mereka menjalin pertalian yang lebih mesra sesama insan.

Cornetto Uda &Amp; Dara

“Wall’s Cornetto percaya bahawa hubungan dan pengalaman yang lebih bermakna boleh dibentuk melalui suatu aktiviti yang semudah berkongsi ais krim. Ia boleh diperkukuhkan lagi melalui keyakinan diri seseorang individu apabila mereka mengetahui apa yang mereka minati selain keupayaan yang ada di dalam diri. Melalui program ini, Wall’s Cornetto ingin mencetuskan keyakinan di kalangan muda-mudi dengan memberikan mereka satu platform untuk membentuknya,” kata Chan Meng Yang, Pengurus Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh jenama ini pada tahun-tahun lepas, Wall’s Cornetto mendapati bahawa dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara dua insan, seseorang individu itu harus memiliki keyakinan dan kepercayaan diri dahulu, iaitu dua ciri yang akan membantu sesuatu hubungan itu berkembang.

Chan menambah, “Ganjaran terbaik bagi individu yang dipilih sebagai Cornetto Uda & Dara adalah mengenali sifat dan potensi sebenar diri mereka melalui pengalaman dan cabaran yang disediakan sepanjang rancangan. Kami mahu para peserta dan penonton menyedari bahawa keyakinan diri datangnya daripada mengenali identiti, kekuatan dan aspirasi sebenar mereka.”

Selain itu, dua pemenang ini akan juga menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan hadiah lain selain hadiah-hadiah yang dimenangi dalam setiap episod. Jumlah keseluruhan wang tunai dan hadiah yang ditawarkan sepanjang program ini adalah RM50,000.

Siri realiti ini dilancarkan sempena pelancaran varian baru Wall’s Cornetto, Black & White. Sejenis konfeksi ais berperisa coklat gelap dan coklat putih, varian baru oleh Wall’s Cornetto diselaputi dengan sos perisa coklat dan cip coklat yang pastinya menawan selera warga Malaysia.

Salah seorang individu yang benar-benar terpikat dengan perisa baru ini ialah duta jenama Wall’s Cornetto yang baru dilantik, Haniff Hamzah, seorang penyampai radio popular. Sebagai duta jenama, Haniff akan memainkan peranan sebagai hos rancangan ini, memberikan petua-petua dan panduan kepada para peserta. Selain itu, beliau juga akan menyertai beberapa aktiviti menarik bersama para peminat Wall’s Cornetto yang bakal diumumkan kelak.

Bercakap mengenai peranan beliau sebagai hos Cornetto Uda & Dara, Haniff berkata dengan penuh semangat, “Mengimbau kembali cara saya menemui isteri saya, saya sentiasa percaya bahawa saya perlu mengenali diri saya yang sebenar, di mana terletaknya minat dan semangat saya, sebelum saya cuba membentuk hubungan yang bermakna. Maka, saya amat gembira sekiranya saya dapat membantu warga Malaysia yang lain untuk mengenali diri mereka melalui pengalaman ini yang pastinya memberi kebaikan bukan sahaja kepada mereka, malah kepada saya juga.”

Bagi membantu peserta mengenali karakter sebenar mereka, Wall’s Cornetto akan menggunakan khidmat juri selebriti seperti Yasmin Hani, Tony Eusoff, Akim, Stacy dan pemenang MasterChef Malaysia, Chef Ezani, di pelbagai peringkat berlainan dalam cabaran ini. Cabaran-cabaran ini telah direka untuk menguji karekter sebenar seseorang individu – termasuk kemahiran di dapur, fotografi dan lakonan.

Disiarkan melalui lapan episod, beberapa ratus orang remaja telah menyertai sesi uji bakat yang diadakan di sekitar Lembah Kelang. 12 remaja yang terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan – yang telah mengagumkan para juri semasa proses uji bakat yang berlangsung selama sebulan – telah dipilih untuk siri ini.

Mengulas mengenai keputusan untuk menyiarkan program ini melalui Astro Ria, Pengurus Saluran Astro, Raqim Ahmad, berkata “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Wall’s Cornetto dalam membawakan rancangan yang menarik ini kepada warga Malaysia khususnya para remaja. Rancangan Cornetto Uda & Dara berpotensi menjadi sebuah rancangan yang bakal mendapat sambut hangat di saluran ini. Kami menggunakan kepakaran kami untuk memasukkan lebih banyak nilai-nilai komersial ke dalam rancangan ini supaya dapat menarik minat lebih ramai penonton. Kami harap rancangan ini akan diterima ramai dan mampu memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. ”

Cornetto Uda & Dara bakal menyerikan kehidupan warga Malaysian pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam, bermula Mei 16hb melalui Astro Ria, dengan ulang tayang pada setiap hari Jumaat pada 4.00 petang dan Ahad pada pukul 10.30 malam.

Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, sila layari laman Facebook Cornetto di https://www.facebook.com/iluvcornetto.

Cornetto Uda &Amp; Dara

Linda Onn sebagai hos

Cornetto Uda &Amp; Dara

Hanif Sebagai duta terbaru Cornetto merangkap hos program Uda & Dara Cornetto

Cornetto Uda &Amp; Dara

Cornetto Uda &Amp; Dara

Cornetto Uda &Amp; Dara

Cornetto Uda &Amp; Dara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Be A Fan ntv7

Raisa Menaruh Harapan dari Lagu Baru Apalah Arti Menunggu