in

Corat Coret Sesi Latihan & Raptai ABPBH 3.0

Selain keputusan pemenang, pastinya ramai menanti persembahan di Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-30. Kali ini menampilkan sembilan segmen persembahan. Antara yang akan perform ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Search, Haiza, Ayda Jebat, Elly Mazlein, Tajul, Khai Bahar, Usop Mentor, Dayang Nurfaizah, Salma, Asmidar, Bob Yusof, Jaclyn Victor dan Noraniza Idris.

Sementara itu, tiga pengacara yang akan menghangatkan acara dengan celoteh mereka ialah Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, Faizal Ismail dan Zulin Aziz.

Persiapan dan sesi rehearsal telah dibuat sejak kelmarin. Ramai artis telah berkampung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC untuk latihan dan raptai untuk memastikan kelancaran.

Budiey menantikan gerak tarik persembahan Ayda Jebat dan Elly Mazlein menerusi lagu Pencuri Hati yang diperkemaskan lagi dengan irama dangdut dan kpop untuk memberi keselesaan pada juara program Super Karoks musim kedua itu. Dikatakan Elly Mazlein, masih tak sihat tapi beliau masih memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan.

Khabarnya, pelakon Redza Rosli yang dikaitkan dengan Ayda Jebat juga turut hadir memberi sokongan kepada kawan rapatnya itu di sesi latihan.

Persembahan Noraniza Idris akan menampilkan penari dan pemuzik paling ramai. Lebih 60 orang terbabit dalam persembahan ini termasuk anggota kumpulan dikir barat. Beliau antara artis yang gigih berlatih di PICC di mana kelihatan berlatih bersama penari di luar dewan untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.

Selain itu, Haiza dan Search pula setia menunggu sehingga jam 4 pagi untuk menunggu giliran mengadakan sound check.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 3.0

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 3.0