in ,

Cop Palsu: Pegawai Imigresen Disogok RM14.5 Juta Sehingga Mampu Hidup Kaya-Raya

Kaut RM14.5 juta hasil kegiatan penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk sempa­dan utama negara dalam tempoh empat tahun sejak 2017.

Ini sekali gus menunjukkan purata sebanyak RM3.6 juta setahun diperoleh ahli sindiket selepas aktiviti itu ber­jaya dibongkarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila 27 pegawai Jabatan Imigresen ditahan kelmarin.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, kemewahan pegawai-pegawai yang terlibat amat ketara di mana ada antara mereka menggunakan wang rasuah yang diterima untuk membeli rumah, kereta, beg tangan berjenama mewah, barang kemas dan tanah.

Malah, ada yang mampu membeli koleksi jam tangan G-shock yang bernilai lebih RM30,000 dan permainan komputer bernilai lebih RM18,000.

Cop Palsu: Pegawai Imigresen Disogok RM14.5 Juta Sehingga Mampu Hidup Kaya-Raya

Ujar sumber, siasatan mendapati sejumlah 30,000 pekerja asing dan PATI yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti disenarai-hitam, visa tamat tempoh, tidak memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan melepasi pintu-pintu masuk negara hasil bayaran rasuah kepada pegawai terlibat.

Kata sumber, hasil risikan SPRM sebelum ini juga mendapati dua lapangan terbang utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 merupakan tempat yang mudah untuk dibolosi untuk membolehkan pekerja asing atau PATI bebas keluar dan masuk.

“Beberapa operasi dan tangkapan telah dilakukan oleh SPRM dan Jabatan Imigresen sendiri sejak beberapa tahun lalu, namun tindakan ini tidak mendatangkan kesan kepada anggota-anggota lain malah tindakan menukarkan pegawai dan anggota secara pusingan kerja juga tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mengulas lanjut, sumber berkata, ejen-ejen sentiasa akan mendekati dan mengumpan pegawai dan anggota untuk mengikut telunjuk mereka selain wang ringgit bukan merupakan masalah untuk ditabur memandangkan bayaran yang diterima dari warganegara asing ini cukup lumayan.

Cop Palsu: Pegawai Imigresen Disogok RM14.5 Juta Sehingga Mampu Hidup Kaya-Raya

Jelas sumber itu, penggunaan teknologi termasuk pemantauan Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) tidak membantu dalam mengekang penyelewengan ini namun helah sindiket itu dapat juga dibongkar menerusi kaedah penyamaran (undercover) SPRM sebagai ejen pekerja asing.

“Pegawai dan anggota yang terlibat dilihat ‘berlakon’ mengecap pasport warga asing yang terlibat sedangkan apa yang berlaku mereka langsung tidak mengecap pasport tetapi di atas kertas kosong dan kemudian berpura-pura memasukkan data pasport. Semua tindakan ini dibuat kerana mengaburi pemantauan CCTV di KLIA dan KLIA 2.

“SPRM juga mengalami kesukaran membuktikan kegiatan sindiket ini disebabkan semua transaksi rasuah dibuat secara tunai dan dibayar ejen di tempat-tempat lain yang ditetapkan secara bayaran mingguan atau bulanan selain menggunakan akaun-akaun bank pihak ketiga seperti isteri, adik beradik dan rakan terdekat bukan pegawai imigresen,” katanya.

Cop Palsu: Pegawai Imigresen Disogok RM14.5 Juta Sehingga Mampu Hidup Kaya-Raya

Terdahulu, sebanyak 44 individu termasuk 25 pegawai Imigresen ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung isu penyalahgunaan pengesahan cap di sempadan utama negara.

Kesemua mereka ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

BTS Kali Ini Bergaya dengan Fesyen Retro Untuk DVD Season’s Greetings 2021

Halang Jual Minuman Keras, Malaysia Akan Menjadi Seperti Taliban, Kata Siti Kasim