in , ,

coocaa Memasuki Pasaran Malaysia melalui e-dagang, Eklusif bersama Lazada

Coocaa komited dalam membawa produk TV Pintar yang inovatif dan berkualiti tinggi, dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih, pada harga mampu milik.

coocaa, jenama TV Pintar yang baru telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari Khamis, 27 Jun. coocaa merupakan jenama TV e-dagang sepenuhnya yang hanya boleh diperolehi secara eksklusif di Lazada.  Usahasama coocaa-Lazada yang dijalin semenjak bulan Ogos 2018 telah menerajui kemasukkan coocaa ke beberapa pasaran Asia Tenggara. coocaa yang telah dilancarkan di Indonesia pada Ogos 2018, dengan serta merta menguasai pasaran dan menjadi jenama TV nombor 1 di Lazada.  Berikutan kejayaannya di pasaran Indonesia, coocaa melancarkan pembukaan kedainya secara rasmi di Lazada Thailand pada November 2018 diikuti dengan Vietnam dalam tempoh yang sama dan Filipina pada awal tahun ini.

coocaa
TV Pintar untuk semua – coocaa telah dilancarkan di Malaysia!  Dari kiri selebriti Jason Smash Pop, Rock Zhang, Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Skyworth Asia Tenggara; Kevin Lee, dan Daniel Huang.
  • Dilancarkan di Indonesia, Thailand dan Vietnam pada tahun 2018, coocaa muncul sebagai jenama perkakasan rumah nombor 1 terlaris bagi Lazada Asia Tenggara dalam tempoh lapan bulan pelancarannya.

“Kami teruja membawa coocaa ke pasaran Malaysia. Kami merupakan jenama baru yang berinovasi dan mensasarkan pelanggan dari golongan muda yang pintar digital dan menghargai serta menghayati akan keunggulan paparan berdefinisi tinggi semasa menonton mahupun bermain game serta kejituan sambungan talian yang disediakan oleh TV kami. 

Melalui usahasama yang kami jalin bersama Lazada, salah satu dari platform e-dagang terunggul di Malaysia, ditambah pula dengan peningkatan jualan alatan elektronik melalui platform e-dagang, kami optimistik akan membawa impak besar kepada industri TV Pintar. 

Dan hari ini, kami berbangga untuk menampilkan TV Pintar coocaa, TV Pintar Android mampu milik melalui Lazada Malaysia,”

– Encik Daniel Huang, Pengurus Projek coocaa.
coocaa
Pemenang TV coocaa, Budiey (kiri sekali) dan Kevin Tan (dua dari kanan), dapat menikmati pengalaman memiliki TV yang sesuai dengan gaya hidup mereka bersama Rock dan Kevin.

“Kami menjangkakan sambutan yang positif dan penuh keterujaan dari rakyat Malaysia.

Dengan peningkatan penggunaan internet – kepada 87.4 peratus pada 2018 berbanding 76.9 peratus pada 2016 – peningkatan ketara yang diperolehi melalui kemantapan penyampaian hubung rangkaian yang lebih baik, sambungan talian yang lebih unggul serta pelan data berinovasi dan kompetitif, kami menjangkakan peluang pertumbuhan yang besar di Malaysia. 

Kami berhasrat untuk memenuhi kehendak golongan alaf baru yang merangkumi sejumlah 50 peratus pengguna internet. 

Kami juga mensasarkan untuk mengulangi kejayaan di Indonesia dan menduduki tempat teratas dalam kategori TV bagi pasaran e-dagang di Malaysia,”

– Encik Daniel Huang, Pengurus Projek coocaa.

Dikenali dengan logo oren yang terang, coocaa dengan pantas telah meraih bilangan pengikut yang tinggi di negara ASEAN yang lain.  coocaa, memahami bahawa pengalaman menonton tv adalah berbeza bagi setiap pengguna, kerana itu ia memperkenalkan tiga siri produk, iaitu siri Explore, Innovate dan Change

Slogan, “Play in Your Style”, direka khusus untuk golongan muda serta mereka yang berjiwa muda dan mendorong pengguna untuk menerokai dunia baru, bergembira sambil mengejar impian dan tidak takut untuk menampilkan personaliti diri.

Dengan rangkaian TV Pintar yang menakjubkan, setiap rakyat Malaysia akan mampu memiliki rangkaian hiburan yang terkini dalam kehidupan mereka.

“Kami optimistik bahawa coocaa akan mendapat sambutan yang mantap di kalangan rakyat Malaysia selepas melihat sambutan yang memberangsangkan di pasaran kami yang lain serta teruja untuk melanjutkan lagi usahasama ini ke Malaysia. 

Ketika rakyat Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk keperluan harian, Lazada meneruskan evolusinya untuk menjadi destinasi gaya hidup sehenti yang mampu kami penuhi melalui ekosistem kami yang membawa jenama tempatan dan antarabangsa. 

Kerjasama kami bersama coocaa memberi peluang kepada kami untuk menawarkan kepelbagaian kepada para pembeli dengan harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti serta gaya.”

– Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia

Terdapat lima SKU yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia.  Setiap satu menampilkan panel berkualiti, resolusi unggul dan menyokong aplikasi perkongsian skrin.

Kesemua model ini berfungsi menggunakan Android 8.0 dan coocaa lite dan bagi memudahkan perayauan ia juga turut menyokong pelbagai format fail seperti JPG, MP3, AAC dan Movie (MP4, MKV, dsb.), membolehkan pengguna memenuhi apa jua citarasa mereka. 

Tambahan pula, ia didatangkan dengan jaminan perkhidmatan selepas jualan selama 2 tahun di seluruh negara, bagi memastikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan. 

Tonton video penuh sepanjang acara: https://youtu.be/XAzi21XDI4U

  • Ini merupakan kemasukan coocaa di ASEAN yang kelima – mengukuhkan lagi kedudukannya selaku sebuah jenama e-dagang dan mengeratkan lagi hubungan dengan Lazada melalui Usahasama Rancangan Perniagaan dengan mereka.

Kesemua model sasar untuk menawarkan pengalaman menonton TV Pintar yang unggul kepada semua rakyat Malaysia pada harga mampu milik. 

Dan sempena pelancaran di Malaysia, coocaa dan Lazada menawarkan harga pra-jualan Pertengahan Tahun istimewa pada diskaun sehingga 46 peratus yang terbuka kepada semua pembeli bermula daripada 29 Jun sehingga 11 Julai serta Jualan Kilat pada 12 Julai.

Rangkaian TV Pintar coocaa yang hebat ini direka untuk memberikan pengalaman hiburan yang maksima kepada pengguna.  Dengan lebih 23 tahun pengalaman dalam proses pembuatan berteraskan kepada kualiti Jepun yang tinggi, coocaa menawarkan gaya hidup santai yang menyeronokkan dan melangkaui pengalaman impian untuk semua.

coocaa

TV coocaa di Malaysia

Lima model TV coocaa di Malaysia adalah: 32-inci 32S3C, 40- inci 40S3C, 40- inci 40S5G, 50- inci 50Q5 dan 55- inci 55Q5 dan kelima-lima datang dibawah tiga siri yang berlainan iaitu, Explore, Innovate dan Change – dimana setiap satunya membawa pengalaman menonton yang unik untuk memenuhi cita rasa menonton yang sofistikated rakyat Malaysia yang senantiasa berubah.

Siri Explore (50/55Q5) dijana oleh Google Assistant dengan kemampuan Teknologi Alot yang mampu menghubung serta mengawal peranti pintar di rumah anda.  Pengguna akan berupaya untuk menghidupkan kipas, memasang lampu dan mengaktifkan pelembap udara hanya dengan bercakap melalui alat kawalan jauh Android TV coocaa. 

Ia juga boleh digunakan sebagai pembantu peribadi kerana ia mampu mengingati kata laluan, mencatat kalendar, memaklumkan keadaan cuaca, memberi cadangan restoran, dan pelbagai fungsi hebat yang lain.

Siri coocaa Innovate (32/40S3C) memiliki fungsi dalaman video Amazon prime yang membolehkan pengguna menikmati lebih daripada 700+ buah filem dan rancangan TV.  TV Pintar ini juga mampu memaparkan kandungan Youtube dan menyokong fungsi perkongsian Mirror dari peranti lain, yang membolehkan anda menonton melalui paparan skrin besar. 

Sistem pintar dan reka bentuk estetikanya disempurnakan dengan skrin infiniti menjadikan ia sebagai barangan mesti milik bagi mereka yang mengimpikan sistem hiburan yang sempurna dan menyeronokkan.

Siri Change (40S5G) merupakan satu-satunya TV Android coocaa tanpa bingkai, dengan paparan FHD dan sistem operasi Android 8.0, anda boleh menikmati kehebatan perkhidmatan Google pada skrin yang memenuhi ruang tidur anda dengan sempurna.

Sertai pra-jualan coocaa 29 hingga 11 Julai dan bayar hanya lima peratus deposit untuk model 55-inci 55SQ5 dan jadilah salah seorang pembeli bertuah untuk dapat menguji produk selama 15 hari.

Hanya untuk bilangan unit yang terhad. Tidak suka?  Pulangkan dalam keadaan baik dan dapatkan bayaran balik penuh atau belikannya dengan harga diskaun.

Salah satu tawaran pengenalan yang paling menarik untuk TV Pintar coocaa ialah jualan Bundle, gabungan model 50Q5 dan 32S3C. Hanya unit terhad sahaja yang boleh didapati – harga istimewa untuk jualan bundle ini akan diadakan pada 11 Julai.

Mengenai coocaa

coocaa merupakan jenama terkenal di seluruh dunia yang beroperasi dibawah Skyworth RGB Electronic Co., Ltd., dengan kehadiran di lebih 40 buah negara termasuk Jerman dan Jepun, dengan sembilan buah kilang, termasuk di Indonesia, yang berfungsi sebagai pusat pengeluaran coocaa bagi Asia Tenggara.  coocaa komited untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik melalui penawaran produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. Bagi memastikan kepuasan pelanggan serta perkhidmatan pelanggan yang terbaik, coocaa menyediakan perkhidmatan pelanggan melalui talian bebas tol di seluruh Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Soft Launch INSPIRASI – AFGAN LIVE di Kuala Lumpur 2019

GFriend Kasi Kejutan Mahu Nyanyi Lagu Melayu untuk Konsert di Malaysia