Contest Result KUIZ ICIP-ICIP TV3

KUIZ ICIP-ICIP MEMBAWA TUAH BUAT NOR AZMIR HAMZAH
Peraduan yang dianjurkan dalam program masakan Icip-Icip nyata membawa tuah buat Nor Azmir Hamzah, 25 tahun, dari Petaling Jaya apabila berjaya memenangi hadiah pertama sekaligus membawa pulang barangan dapur jenama Midea bernilai RM4000. Selain Azmir, Maria binti Hamid, 24, dari Bentong, Pahang berjaya meraih hadiah kedua dan membawa pulang hadiah berupa barangan dapur jenama Midea bernilai RM3000, manakala Muhammad Azri, 20 tahun, dari Subang, Selangor mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah berupa barangan dapur jenama Midea bernilai RM2000. Kesemua hadiah adalah sumbangan dari Scott & English Electronics Sdn Bhd.

 
Selain itu, 10 lagi pemenang berjaya mendapat hadiah saguhati dan membawa pulang sebuah toaster oven sumbangan Scott & English Electronics Sdn Bhd dan mereka adalah Normaliza Binti Hasan dari Rantau Panjang Selangor, Ibrahim Bin Yusof dari Tumpat, Kelantan, Norzaidah Binti Yahaya dari Serdang, Selangor, Zalina Binti Katan dari Kluang, Johor, Zariyah Binti Yahaya dari Klang, Selangor, Nur Azila Azizan dari Shah Alam, Selangor, Nor Anizah Binti Hamzah dari Negeri Sembilan, Noor Asyidah Binti Osman dari Pasir Gudang, Johor, Noorhaida Mohamad dari Subang Jaya, Selangor, Azizah Binti Ismail dari Kuala Lumpur.Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Sri Pentas semalam, 17 Jun 2008 bagi meraikan 13 pemenang bertuah ini dan ianya dibawakan secara langsung melalui program Wanita Hari Ini. Selain itu, majlis ini juga akan disunting dan akan dipersembahkan dalam episod akhir Icip-Icip pada 25 Jun 2008 nanti.

Program Icip-Icip merupakan program memasak yang berkonsepkan mudah, ringkas dan menyeronokkan. Ianya mula menemui penonton TV3 pada 2 April 2008 yang lalu, setiap hari Rabu jam 11.00pagi. Program selama setengah jam ini mengetengahkan seorang hos baru yang juga chef bertauliah, Anis Nabilah Umaruddin.

Melalui program ini, penonton dibawa menjelajah ke lokasi menarik yang menggambarkan gaya hidup masyarakat setempat. Walaupun dalam kehidupan yang serba moden, Icip-Icip masih mengekalkan nilai-nilai tradisi yang tersendiri dalam penyediaan makanan seperti kebaikan penggunaan lesung batu berbanding ‘blender’ untuk masakan tertentu.

Penonton juga berpeluang menyertai kuiz soalan terkumpul yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah lumayan. Mereka hanya perlu mengumpulkan 10 jawapan dan melengkapkan sebuah slogan tidak melebihi 15 patah perkataan “Saya suka menonton Icip-icip kerana_____” Penonton yang berjaya menjawab kesemua soalan dengan tepat dan slogan yang paling kreatif akan membawa balik koleksi barangan dapur jenama Midea sumbangan Scott & English Electronics Sdn Bhd. bernilai RM4000. Peraduan telah bermula pada 2 April 2008 dan tarikh tutup penyertaan ialah 13 Jun 2008.

Program Memasak Icip-Icip ini juga merupakan sajian khas dari TV3 untuk waktu siaran pagi. Walaupun ia menampilkan bakat baru Anis Nabilah, namun sambutan yang diterima daripada para penonton amatlah menggalakkan. Gandingan Anis bersama dengan Chef Haryo nyata amat digemari oleh penonton dengan gelagat mereka yang bersahaja dan ‘sempoi’ berjaya menghasilkan suasana yang ceria dalam program tersebut.

Program Icip–Icip mempunyai 13 episod dan diketuai oleh Ezzah Aziz Fawzy sebagai penerbit eksekutif, Jasmi Shahir sebagai penerbit kanan, Djaka Legawa sebagai penerbit, Anis Nabilah Umaruddin sebagai pengacara dan dibantu oleh pembantu penerbitan, Azli Abdul Aziz.

[tags]kuiz icip-icip, program tv3, sorakan emosi result, midea, scott, afham, air force, amin, arsenal malaysia, askar, backpack, belt 2000, budak boy, hari tentera, junior, latihan, lkpt, military training, pt, quartermaster, ragging, rmaf, Rmc, senior, spike boot, tudm, ulangtahun, upnm, webbing set, electronic, sri pentas[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta

KUNGFU PANDA THE BIGGEST LIFETIME ANIMATION IN MALAYSIA