in , ,

Comel! Syamsul Yusof Dikurniakan Anak Kedua Diberi Nama Sumayyah

Tahniah buat Syamsul Yusof yang telah menimang seorang lagi cahaya mata kurniaan Ilahi. Syukur alhamdulilah.

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan petang Sabtu lalu.

Menerusi Instagramnya, Syamsul, 35, turut memberitahu nama anak kedua mereka itu adalah Sumayyah Mohd. Syamsul.

Pengarah filem Khurafat itu juga memaklumkan bayi mereka dilahirkan dengan berat tiga kilogram.

Syamsul Yusof

“Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki… Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang.

“Kali ini Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan…#tangisanKesyukuran,”

– Syamsul Yusof

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Syaikul Islam, 2.

Syamsul Yusof

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sarah Hildebrand di Restoran Tony Roma’s

Izzue Islam & Isteri Terkejut Kena Langgar Dalam Perjalanan Ke Sri Pentas