in ,

CN BLUE Bakal Gegarkan Konsert Pertama Blue Moon 2013 World Tour di Malaysia

Tahun 2013 adalah tahun K-Pop untuk peminat muzik Pop dari Korea atau K-poppers kerana ramai sekali penganjur yang gigih berusaha menerbangkan grup K-Pop ke Malaysia. Apa taknya, setiap kali konsert K-Pop yang disertai oleh bintang sensasi dari Korea Selatan, pastinya tiket habis dijual. Bukan sekadar dibeli oleh dari peminat berbangsa Cina malah orang Melayu dah mulai mengidap demam K-Pop.

Cn Blue

[dropcap]T[/dropcap]erbaru, berita baik buat Boice Malaysia atau peminat-peminat CN BLUE di Malaysia, sebuah konsert mega pertama kumpulan sensasi dari Korea Selatan akan diadakan di Stadium Negara, pada 24 Ogos 2013. Budiey ramalkan memang penuh Stadium Negara nanti kerana bukan sahaja peminat dari Malaysia yang akan datang tapi dari seluruh negara-negara jiran berdekatan. CN BLUE bukan sahaja terkenal di Asia, malah grup yang dianggotai oleh empat anggota ni terkenal juga di Eropah.

[pullquote align=”right”]Konsert yang diberi nama Blue Moon 2013 CNBLUE World Tour ini akan diadakan di Stadium Negara, pada 24 Ogos 2013.[/pullquote]

Berita ini disampaikan oleh rakan media dari Portal Malaysian Digest yang khabarnya antara media pertama yang mendapat informasi tentang konsert yang ditunggu-tunggu ini. Penganjur konsert CN BLUE di Malaysia ialah Daol Entertainment dan tak lama lagi khabarnya, satu sidang media akan diadakan. Kalau ada kesempatan, Budiey juga akan buat liputan untuk konsert ini, itu pun jika penganjur jemput. Tapi korang pulak, jangan la harap sangat nak dapatkan tiket melalui peraduan ya. Bukan semua konsert K-Pop akan dibuat peraduan kat Budiey Dot Com. Terbaru ni, ramai yang minta tiket ABPBH2012 dengan Budiey. Rasanya Berita Harian tak akan kasi kat Budiey sebab mereka lebih selesa memberikan kepada pembaca setia BH melalui Facebook Berita Harian.

Tiket- tiket akan mula dijual pada 18 Mei depan, bertempat di Fahrenheit 88, Bukit Bintang bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang. Kalau ada yang tidak dapat membeli pada hari tersebut, jangan bimbang. Ini kerana sehari selepas pre-sale, anda boleh mendapatkan tiket di AirAsiaRedtix (menerusi online ataupun kunjungi outlet berdekatan).

RedTix selaku penjual tiket juga turut mengemaskini Twitter & Facebooknya:

“Finally CNBLUE is coming to Malaysia as very first time !
We all excited to see them and can’t wait !”

Maklumat lanjut mengenai tiket (Kategori Tiket, Harga Tiket, Pelan Tempat Duduk) akan diumumkan tidak lama lagi. Kepada Boice yang tertunggu-tunggu berita seterusnya, nantikan.

Cn Blue

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Amal Tahajjud Cinta

500,000 Pengunjung Meriahkan Karnival Jom Heboh Johor Bahru