in , , ,

Ciri Family Setup Apple Watch Masih Belum Boleh Digunakan Di Malaysia

Apple ketika mengumumkan jam tangan pintar terbaru Apple Watch Series 6 dan juga Apple Watch SE, mereka turut telah memperkenalkan sebuah ciri baru dinamakan sebagai Family Setup.

Melalui ciri ini, ia membolehkan hanya satu iPhone digunakan untuk menguruskan dan membuat tetapan bagi beberapa Apple Watch dalam satu keluarga. Ini sekaligus anda menguruskan dan memantau data untuk jam tangan pintar yang digunakan oleh ibu bapa, atau oleh anak-anak anda.

Apple Watch SE

Family Setup ini ditawarkan pada iOS 14 dan juga watchOS7. Selain menguruskan Apple Watch, ia juga turut memerlukan penawaran pelan telekomunikasi tambahan khas untuk Apple Watch berkenaan – sekaligus memerlukan persediaan daripada syarikat telekomunikasi sebelum ciri tersebut ditawarkan. Pengguna juga perlu memastikan Apple Watch yang digunakan mempunyai penawaran ciri selular untuk menggunakan Family Setup ini.

Disebabkan hal itu, ciri ini tidak ditawarkan di Malaysia pada peringkat awal. Mungkin perlu nantikan sehingga syarikat telekomunikasi bersedia dengan pelan masing-masing sebelum Apple melancarkan ciri ini di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penganjuran SUKMA XX Johor 2020 Ditetapkan Pada April 2021

SWAMP THING Premieres In Asia Exclusively On Warner TV