in ,

Cipta Fenomena, 1 Juta Biji Syukor Burger Laku Keras, Apa Rahsianya?

Tahniah buat Syukor Burger Yang Telah Mencipta Fenomena Luar Biasa Apabila 1 Juta Biji Syukor Burger Telah Laris dan Laku Keras, Apa Rahsianya?

Setiap usaha pasti ada jalannya. Namun pergelutan di era pandemik COVID-19 ini bukan mudah sebenarnya untuk kekal bertahan.

Salah langkah dan percaturan boleh terus menjerat diri. Malah banyak syarikat perniagaan mahupun persendirian yang gulung tikar apabila tidak mampu meneruskan survival.

Hakikatnya itulah realiti yang terjadi ketika dunia diuji dengan wabak ‘jahat’ itu.

Namun, lain pula yang terjadi kepada usahawan sensasi bernama Syukor Majid, 33, apabila percubaannya menjual burger mencipta ‘fenomena’ apabila laku keras terjual 1 juta biji Ogos lalu.

Syukor Burger

“Saya rasa macam mimpi angka 1 juta itu berjaya dicapai, maklumlah kami baru saja memulakan perniagaan ini sembilan bulan lalu menerusi jenama Syukor Burger. Tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kita berusaha, pasti Tuhan buka jalan.

“Rasa nak menangis apabila usaha berbulan-bulan membuahkan hasil. Niat saya nak bantu buka peluang kerja kerana saat ini ramai yang terputus rezeki dan hilang sumber pendapatan.

“Sebagai usahawan tegar sejak tahun 2010, saya cuba tawarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang terkesan. Saya bukan wakil rakyat atau jauh sekali ahli politik, tapi saya nak bantu mereka yang bergelut,”

– Syukor Majid
Syukor Burger

Syukor yang berasal dari Pulau Pinang sebenarnya pernah mencetuskan kontroversi apabila tular kisah kereta Mustang berwarna merah dipandu isterinya ‘terbang’ menyeberangi parit di Bertam, Pulau Pinang tahun lalu.

“Kali ini saya bukan tular fasal kereta, tapi jualan burger pula. Lepas ini tak tahu tular apa pula.

“Ikutkan waktu pandemik ini perniagaan sedia ada saya masih okey. Bisnes ‘offline’ sedikit merudum. Produk saya dalam pasar raya, ‘chainstore’, farmasi dan restoran semua ‘drop’, maklumlah Perintah Kawalan Pergerakan.

Mujur bisnes dalam talian naik 300 peratus. Jadi, tak terkesan sangat, malah lebih bagus dari sebelum datangnya pandemik COVID-19.

“Kilang makanan dan minuman masih mampu beroperasi seperti biasa. Lebih utama, tiada pekerja yang dibuang. Syukur Alhamdulillah,”

– Syukor Majid
Syukor Burger

Mengimbas kembali mengenai percubaan memasuki dunia perniagaan burger, bapa kepada dua cahaya mata itu gemar mencabar diri.

“Segala galanya bermula apabila tular berita kadar pengangguran naik mendadak akibat pandemik. Terdetik di hati untuk membantu mereka yang tersepit.

“Sekitar sembilan bulan lalu, jam 4 pagi, datang satu ilham untuk berniaga rangkaian burger.

Sejam selepas itu, saya whatsapp pembantu peribadi arahkan pasukan kerja untuk hadir mesyuarat tergempar beberapa jam selepas itu. Saya memang tak sempat tidur pun ketika itu.

“Pengetahuan tentang burger masa itu memang ‘zero’. Dalam masa yang betul-betul singkat, kami belajar buat semua, roti, ‘patty’, sos dan mayonis. Alhamdulillah sekarang sebut apa saja jenis burger pun kami sudah pandai buat,”

– Syukor Majid
Syukor Burger

Syukor sedar saat ini, ramai yang terhimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Namun dia bersedia menawarkan peluang niaga.

“Ramai orang yang kekurangan wang. Jadi dalam hal ini mereka tak perlu keluar modal. Gerai burger dan bahan mentah pihak saya sediakan. Mereka hanya perlu fokus berniaga,”

– Syukor Majid
Syukor Burger

Setakat ini, Syukor memaklumkan sambutan cukup menggalakkan.

“Malah ramai yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk buka francais Syukor Burger. Tapi saya terpaksa tangguh sementara idea membuka francais kerana belum bersedia.

“Saya nak fokus bantu mereka yang tersepit ini dahulu. Sebab dari awal niat nak bantu mereka yang tak ada kerja sekali gus membimbing mereka jadi usahawan sebenar.

“Selain berjaya membuka hampir 200 peluang pekerjaan baru, sekarang saya sudah ada lebih 600 buah cawangan gerai seluruh Malaysia. Ini bermakna lebih 600 orang operator berjaya kami bantu di kala pandemik. Insya-Allah menjelang akhir tahun ini, kami akan cukupkan 1,000 buah cawangan seluruh Malaysia,”

– Syukor Majid
Syukor Burger

Syukor menambah, bukan mudah untuk bersaing dan kekal relevan di pasaran.

“Ilmu yang cukup, produk yang unik, pengagihan yang cekap, pemasaran berterusan dan paling penting dengan izin Allah SWT.

“Saya tiada niat untuk bersaing dengan mana-mana jenama, hanya bersaing dengan pencapaian sendiri saja.

“Kalau terjumpa cawangan burger saya, sokonglah. Projek ni banyak bantu bina semula ekonomi mereka. Dengan pendapatan daripada bisnes ni mereka mampu beli susu, lampin pakai buang anak, bayar bil rumah dan sebagainya,”

– Syukor Majid

Untuk info, boleh ikuti di Instagram @syukormajid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

Isu Tidak Dilantik Sebagai Menteri, Tok Mat Akhirnya Bersuara

Money Heist | 24

Money Heist Part 5 Volume 1 Bakal Ditayangkan Hari Ini, Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu