in

Cipta Band Sendiri Dengan Brylcreem Band Of Brudders

Masa post party Anugerah Juara Lagu 24 yang lepas, Budiey sempat lepak-lepak dengan seorang selebriti ni. Dia ni sangat peramah dan talkative.

Tak perlulah Budiey sebut nama dia siapa. Tapi yang penting, gaya selebriti ni memang stailo habis lah. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, semuanya memang trendy, nampak funky.

Macam-macam yang kami bualkan. Dari gosip selebriti hinggalah pada fesyen terkini. Semua topik macam menyeronokkan sebab dia ni happening.

4262759193 1E786Fb553 O | 3

Memandangkan selebriti ni suka main game online, jadi, Budiey yang tak tahu apa-apa ni, layan je lah.

Tak sangka betul, selebriti ni rupanya sangat obses dengan permainan game online di internet. Cakaplah apa game ada kat internet, semuanya dia rembat. Dari yang senang hinggalah yang payah…

Budiey: Game apa yang you suka main?

Selebriti X: Semua jenis game, I redah aje. Kalau takde show, memang tu la kerja I, you lak?

Budiey: I takdelah giler sangat, tapi setakat main game kat phone aje, bolehlah. Orang kata, isi masa lapang. Terkini, you main kat website mana? Kasi la cadangan sikit, mana tahu I boleh try.

Selebriti X: Semalam, I ada jumpa satu website ni… ada game menarik juga. Game ni ada kena mengena dengan fesyen untuk selebriti tau. Balik ni, you try bukak http://www.bandofbrudders.com . Tapi kalau you jadi ‘addicted’, jangan marah I lak. Hahaha!

Balik rumah, Budiey terus bukak website yang disarankan tu…

Nah! Ini rupanya…

4342551123 Bbb1B497Af O | 4

Yea, yang Budiey lihat lakaran animasi yang menggambarkan kota metropolitan dengan warna asas, hitam dan putih.

Website ni sangat ‘ringan’. Maksud Budiey, memang cepat masa nak loading.

Budiey suka dengan logo Band and Brudders yang terpacak di tengah-tengah website ini. Santai dan nampak rileks. Cool!

Patutlah, banyak kali rakan selebriti itu tadi mengingatkan Budiey supaya mendaftar dulu, barulah dapat main game tu.

Baru sekarang Budiey tahu, rupanya, kebanyakan fesyen yang digayakan adalah diceduk dan ditiru dari game ni.

4343287842 08A5D29A1C O | 5

Yes… sukses!

Tak sampai seminit pun register!

Register ni penting tau… memang basic la tu kan?

Jadi, tak dapat tidak, Budiey suggest korang kena daftar dulu. Kemudian barulah, dapat mencipta ‘band rock’ sendiri.

Okay lepas register, first, benda yang kita kena settle ialah kena buat avatar dulu. Ini yang best ni sebab masa buat avatar korang mesti rambang mata nak pilih stail yang korang akan tampilkan.

4343288040 075A992299 O | 6

Sangat senang saje, untuk avatar, apa yang kita perlu buat ialah hanya upload gambar sendiri. Kalau boleh, ambiklah gambar ala passport atau potret. Cepat nak edit nanti.

Dengan avatar, kita boleh reka imej rock star yang kita nak. Imej, personaliti dengan stail terkini. Ini semua akan membuka dimensi baru untuk korang.

Tak susah nak buat avatar sebab kat website tu dah ada tempat untuk zoom dan rotate in case gambar yang korang upload tu kecil sangat.

4343288112 7596238Afe O | 7

Selepas buat avatar, kita kena pilih bentuk badan pula. Ada badan gemuk, yang ada muscle dan yang skinny. Dan juga kalau nak tukar warna kulit pun boleh. Pilihlah ikut suka hati. Budiey pilih yang tak gelap, tak cerah… sawo matang!

Okay sekarang dah kira macho. Tapi tak sempurna lagi untuk jadi selebriti. Oh, kenalah gayakan fesyen rambut yang sesuai dulu.

Okay, Budiey pilih yang ni… amacam, okay?

4342551517 3A36Ebc2B1 O | 8

Huhu… spanky eh? Nak dapatkan gaya macam ni, Budiey sarankan korang untuk menggunakan Brylcreem Hybridz Stand atau Brylcreem Megahold Gel. Kasi pacak dan tegak. Seharian anda akan merasai gaya rambut ini takkan berubah. Gerenti tegak sepanjang hari.

Sesuai untuk rambut yang pendek dan hard set styles.

Di samping itu, klik lah produk yang ada dalam wardrobe atau almari anda tu.

Budiey juga cuba explore…try click product Hybridz Stand… produk fusion di mana menggabungkan gel + wax + cream rambut dalam satu botol. Cool!

Siap diajar untuk menggayakan rambut.

Jadi, Budiey boleh katakan, sebenarnya game adalah game untuk anda yang suka belajar dan mencari tips gaya terbaru untuk rambut.

Di sebelah kanan tu ada dipamerkan EARN STREET CREDS.

Apa itu Street Creds?
Ianya adalah mata untuk kita guna untuk membeli barangan seperti pakaian, alat muzik atau muzik yang baru. Kita hanya perlu klik produk untuk dapatkan mata Street Creds.

Jumlah mata yang kita miliki akan dipamerkan di bahagian atas sebelah kanan sekali.

Kemudian, pilihlah baju dan seluar untuk digayakan. Budiey suka fesyen yang kasual dan sempoi.

Kemudian, setelah anda selesai memilih penampilan yang sesuai dengan anda, jangan lupa untuk menjemput rakan-rakan anda yang lain bermain sama sambil belajar bagaimana nak menggayakan rambut dengan stail Brylcreem yang baru ini.

Ajak kawan anda untuk melengkapkan anggota band anda.

4342551595 63762D8D13 O | 9

Okay ini dia gaya yang Budiey dah buat. Band Budiey ada 3 ahli. Budiey nak jadi vokalis, dua orang lagi tu, kena pandai main gitar dan drum atau bass. Dan mungkin dah dapat 2 orang, kita boleh tambah 1-2 orang lagi. Terpulanglah.

Yang penting, Street Creds kenalah cukup. Kalau tak, macamana nak beli baju dan seluar nanti.

Faham-fahamlah sekarang ni artis tak leh pakai baju yang sama setiap kali buat show. Jadi, kena selalu beli pakaian yang lebih gempak dari masa ke semasa. Jangan lupa, aksesori pun kena tambah. Kalau tak, fesyen kita mesti nampak bosan dan kosong.

Oh ya, jangan lupa untuk namakan band anda itu dengan nama yang unik.

Budiey nak namakan band ini …. The Cream !

4347714420 0336Ba283C O | 10

Satu nama yang unik dan belum lagi digunakan oleh band di Malaysia! Muzik yang kami perjuangkan ialah pop rock & Brit Pop.

Sesuai untuk imej kami yang suka dengan produk terbaru krim rambut dari Brylcream.

Okay, kalau dah selesai cipta band, jangan lupa ada banyak lagi yang boleh explore…

Pertama: TUNE RECORDING STUDIO

4346967235 4Af3Cc638D O | 11

Okay, kat sinilah tempat di mana karier anda sebagai pemuzik bermula. Kat sini jugak, anda boleh cipta muzik anda sendiri.

Lepas korang ada lagu dan album sendiri, bolehlah perdengarkan dengan kongsi bersama rakan-rakan anda di seluruh dunia.

Kita juga boleh check lagu yang dicipta ni akan masuk carta lagu paling popular atau tidak. Juga jumlah peminat yang kita ada. Selain itu, jangan lupa bahawa kat luar sana, ada banyak lagi band-band yang lebih gempak yang akan jadi pesaing atau pencabar utama untuk band anda ni.

Kedua: Spotlight Film Studio

4347713870 191Eba6565 O | 12

Yeah, anda kena ingat, ini kerja serius, buat band bukan sekadar nak buat lagu aje, tapi anda kena jugak buat muzik video untuk mempromosikan lagi lagu yang anda buat. Totally video muzik anda buat tu pastinya gempak.

Senyumlah pada kamera dan beraksilah seperti superstar bikin muzik video. Pasti peminat anda akan sukakannya!

Ketiga: Garage

Okay, grup band The Cream dah ada 3 orang. Tapi tak tahu lagi sape yang nak jadi vokalis, main gitar dan drum. Jadi, semua anggota kena masuk audition dulu.

4346967825 64Fdeeb001 O | 13

Budiey pilih untuk main gitar. Jadi, kenalah buat ujian dulu.

Yea, ujibakatnya memang best! Hanya klik kat tempat anak panah tu jatuh je.

Tapi nak kena cepat jugak. Kalau tak nak nahaslah markah takde.

Selepas masuk ujibakat, dan kita kena cuba ketiga-tiga alat muzik iaitu gitar, keyboard dan drum.

Budiey lak lulus untuk main gitar. Yeay! Memang nak sangat jadi gitaris. Berangan siot!

4347714650 D4E10Caa6B O | 14

Okay, band The Cream dah siap sedia untuk buat lagu.

Okay, sebelum keluar garaj, kami kenalah bersiap sedia sikit.’

Sekurang-kurangnya, badan mestilah bau harum. Kami guna deodorant baru dari Brylcreem.

4346968919 3D6786Eff9 O | 15

Band The Cream ada masa 5 minit aje untuk sampai ke studio. So, kena sampai sebelum studio ni tutup.

Okay, untuk sampai di studio tu, Budiey kenalah main game ni dulu.

4347715352 79613Cdcd3 O | 16

Kena control kereta untuk sampai ke studio. Laluannya sangat sukar. Dan stage ini adalah yang paling sukar bagi Budiey. Banyak kali dah cuba. Sampai Budiey jadi stress sebab masih tak pandai memandu.

TAPI akhirnya, yeah! Sukses!

4347715648 C722F1B5A9 O | 17

Hanya berjaya mengutip 24 mata sahaja.

Sekarang baru boleh masuk studio. Masa ni lah nak kasi roooocckkk sikit! Bukan apa nak lepas geram sebab punyalah payah nak sampai ke studio ni. Ini lah namanya cabaran. Game ni menjadikan proses nak jadi artis ni sangat sukar. Ingat senang nak jadi artis. Jalan pun penuh berliku dan perlu menempuh banyak dugaan dan rintangan.

Dalam studio, kena test dulu alat muzik supaya berada di tahap yang betul dan selamat. Anda tak pandai main? Jangan risau, semuanya akan diajar dari A-Z.

4347715944 660Cb143Ea O | 18

Okay, Budiey dah siapkan satu lagu untuk The Cream berjudul Love Me Not.

Huh… masa dengar balik lagu yang dirakam… wow… memang cool giler game nih.

Selesai aje, Budiey terus hantar jemputan untuk kawan-kawan untuk diorang turut jadi peminat The Cream.

Bila dah siap satu lagu, haaa bolehlah buat satu muzik video.

4400822919 F83B8F6B41 O | 19

Pengambaran video klip dibuat di Spotlight Studio. Sangat canggih peralatannya dan kami dah decide untuk buat video klip yang kreatif sesuai dengan citarasa muzik rock yang kami bawa.

4400823029 26Cf18Ff0D O | 20

Proses pembikinan ni nampak aje senang. Tapi boleh tahan juga susahnya kerana kami perlu syncronize irama muzik dengan pergerakan video yang telah kami sunting.

Proses penyuntingan pun memerlukan ketelitian. Bukan sebarang letak aje.

Dan tengoklah hasilnya… memang berbaloi.

Kami menganggap muzik video pertama ini adalah satu kejayaan yang sangat besar.

Nanti nak kena hantar kat stesen TV untuk disiarkan.

Selepas ini juga, kami merancang untuk buat pelancaran video klip di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

4400823205 Aed5Ac36E0 O | 21

4401588650 7B8D4Afc34 O | 22

Selesai buat muzik video, korang boleh suruh peminat semua vote untuk video klip anda tu. Kasila kempen sikit.

Amacam teruja nak buat band anda sendiri? Jomlah kita bersaing.

Layari: http://www.bandofbrudders.com

Okay, klik sini untuk tonton movie clip kami!

Kalau nak dengar lagu kami, sila klik sini:

Lagu The Cream – Kapan Lagi Ya.mp3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Mastura Dilantik Menjadi Duta Kempen Malaysia, Jom Lebih Sihat

WAN HAZLIZA WAN ZAINUDDIN PENUNGGU ISTANA