in , ,

Filem CINTA PERTAMA Lakonan Bunga Citra Lestari, Peluang Media Menemubual BCL

Sudah menonton filem Cinta Pertama lakonan Bunga Citra Lestari? Apa komen anda?

Pelakon filem Cinta Pertama ini memang cantik orangnya. Terbukti ketika saya bertemu gadis yang pernah dikatakan nakal ini di satu majlis pra tonton filem Cinta Pertama di TGV KLCC baru-baru ini, dia yang agak mesra dengan senyum mulusnya tampil dengan wajah berseri-seri.

Sudah menonton filem Cinta Pertama? Apa komen anda?

Berusia 24 tahun, Bunga dikatakan akan menggantikan tempat Kris Dayanti suatu hari nanti. Ramai media beranggapan Bunga boleh pergi jauh sekiranya dia mengekalkan imej bersihnya.

Menghormati media, pandai menjaga diri, dan bunga juga sangat berdisiplin dalam kariernya sebagai penyanyi dan pelakon. Meskipun demikian, banyak desas desus gosip liar, pernah gempar dengan gambar seksi dan bogelnya tersebar di internet rasanya tidak mematah semangat gadis ini untuk terus berkarya.

Graduan jurusan ekonomi daru Universiti Trisakti, Jakarta ini pernah datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosi albumnya, Cinta Pertama.

Baru-baru ini (10 Mei lalu), Bunga terbang lagi ke Malaysia menyahut jemputan Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk mempromosikan filem Cinta Pertama.

Album Cinta Pertama Bunga Citra Lestari

Antara lagu-lagu yang termuat dalam album Bunga Cinta Lestari:

  1. Cinta Pertama (Sunny)
  2. Aku Tak Mau Sendiri
  3. Ingkar
  4. Perih
  5. Terpanah Asmara
  6. Someone Like You
  7. Saat Kau Pergi
  8. Sampai Dihati Saja
  9. Mengapa Harus Terjadi
  10. Yang Lalu Biarlah Berlalu

Antara foto-foto di Majlis Pra tonton Filem Cinta Pertama:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Acara Opening Nite Pirates of the Caribean 3 Yang Happening Anjuran Nuffnang

Biodata Farawahida Razali