in ,

Cinta Nad Zainal Rebutan Zahiril Adzim & Kamal Adli

Cinta Nad Zainal Rebutan Zahiril Adzim dan Kamal Adli Di TV2

Perasaan cinta Hawa terhadap Azmi begitu menebal hingga sanggup mengetepikan perasaan lelaki pilihan keluarga yang ikhlas menyintainya. Namun sebaliknya tanpa di ketahui Azmi telah berubah identiti menjadi Azie. Dapatkah Hawa menerima kenyataan itu? Dibintangi oleh Nad Zainal, Zahiril Adzim, Kamal Adli, Aida Khalida dan Khatijah Tan, jalan cerita ini mewarnai drama bertajuk “Cinta” di siarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 Mac 2013, jam 10.00 malam di TV2.

Telemovie Cinta

Mengisi slot Citra, “Cinta” mengisahkan Hawa bercinta dengan Azmi yang juga teman sekampungnya. Mereka sememangnya saling menyintai namun satu hari ketika mereka sedang berbual berdua di tepi sungai, ada orang kampung yang menyampaikan cerita itu kepada ibu Hawa, Azizah dan ekoran kejadian itu, Hawa telah teruk di pukul oleh Azizah dan dia kemudiannya di kurung di rumah.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Zaidi di pekan yang telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa ragut membuatkan hati Azizah kuat untuk menjodohkan pemuda itu dengan anaknya. Apatahlagi bila mengetahui Zaidi merupakan anak teman baiknya, Jamilah yang telah lama terpisah. Mereka kemudiannya mengatur janji mahu berbesan.

Sementara itu Azmi meninggalkan Hawa setelah mendapat tawaran kerja di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Hawa terpaksa merestui pemergian Azmi meskipun dalam hatinya tidak rela mahu berpisah dengan kekasihnya itu. Hawa berada dalam dilema namun dia berpegang kuat mahu menunggu kepulangan Azmi dan berkahwin dengan lelaki itu.

Hawa merayu kepada Azizah jangan memaksanya berkahwin dengan Zaidi kerana mahu menunggu Azmi. Azizah mengamuk besar dan hanya memberi tempoh 3 bulan kepada Azmi meminang Hawa dan jika Azmi tidak muncul juga, Hawa terpaksa akur berkahwin dengan Zaidi. Usaha Hawa menghubungi Azmi sia-sia apabila teman sekerja kekasihnya itu memberitahu Azmi ke Sabah atas tuntutan kerja. Tempoh tiga bulan yang diberikan berlalu begitu sahaja yang membuatkan akhirnya Hawa terpaksa akur bernikah dengan Zaidi.

Perkahwinan tanpa rela itu membuatkan Hawa sentiasa menyakiti hati Zaidi dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sebaliknya Zaidi tetap bersabar dan menganggap segalanya hanya gurauan. Ini membuatkan Hawa bertambah geram walaupun dalam hati terdetik perasaan simpati terhadap suaminya itu.

Zaidi pula masih berhubung baik dengan Mahani, wanita yang begitu menaruh hati terhadapnya. Satu hari Hawa terserempak Zaidi bertemu Mahani. Zaidi terkejut besar dan rasa bersalah namun sebaliknya Hawa hanya membalasnya dengan senyuman. Dan di situlah rahsia rumahtangga mereka yang tidak bahagia di hidu oleh Mahani dan ini membuatkan gadis itu berazam mahu merebut cinta Zaidi.

Hawa selalu meluahkan perasaannya dalam sebuah diari. Zaidi yang mengetahuinya ‘curi-curi’ membaca diari itu. Zaidi dapat merasakan perasaan cintanya semakin kuat untuk isterinya itu. Tetapi dia kecewa kerana Hawa masih dibayangi oleh cinta Azmi. Setelah berfikir panjang, Zaidi membawa Hawa bertemu Azizah dan berterus-terang tentang hubungan dingin mereka. Azizah mengamuk besar dan enggan mengaku Hawa sebagai anak sekiranya Hawa bercerai dengan Zaidi. Zaidi kemudiannya memohon restu membawa Hawa mencari Azmi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dia rela beralah asalkan Hawa bahagia.

Di Kuala Lumpur, mereka terus mencari Azmi di tempat kerjanya. Namun hampa bila diberitahu Azmi bercuti dua hari. Zaidi menggunakan kesempatan yang ada mengajak Hawa bersiar-siar di Putrajaya melihat permandangan yang menarik di sana. Hawa hanya bersetuju.

Banyak aktiviti yang di lakukan termasuklah bersiar-siar, jungle tracking dan makan malam bersama membuatkan hubungan mereka semakin rapat. Malah detik yang tidak dapat di lupakan Hawa bila suaminya itu sanggup bertarung nyawa mahu menyelamatkannya bila mereka di rompak pemandu teksi.

Bila tiba masa di janjikan, Zaidi membawa Hawa untuk dipertemukan dengan Azmi. Ketika itu timbul perasaan serba salah di hati Hawa. Dalam diam dia mula menyintai lelaki yang sudah pun menjadi suaminya itu. Dengan berat hati dia bersetuju mengikut Zaidi.

Tiba di Istana Budaya tempat Azmi bekerja, mereka sempat menyaksikan kumpulan tarian membuat persembahan. Zaidi seronok menyaksikan persembahan tersebut sebaliknya Hawa pula mahu segera mencari Azmi. Tetapi tiba-tiba mereka di tegur oleh salah seorang penari kumpulan tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Azie. Siapakah Azie yang sebenarnya? Dapatkah Hawa menerima kenyataan yang Azmi sudah bertukar identiti?

Watak Nad Zainal Dan Zahiril Adzim Sebagai Suami Isteri

Telemovie Cinta Temukan Nad Zainal Dan Zahiril Adzim

Babak Dalam Cinta

Aida Khalida Dan Khatijah Tan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Previews Samsung Hub and New Content Services on GALAXY S 4 at Unpacked

Samsung Introduces the Samsung GALAXY S 4