in , , ,

Cincin Tunang, Syamira Safiya Diburu & PU Riz Tampil Bersuara di Instagram Story

Selepas membisu dan mendiamkan diri, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz tampil ‘bersuara’ di Instagram Story selepas kontroversi membabitkan hubungannya dengan pengacara popular, Neelofa seperti yang hangat diperkatakan sejak kelmarin.

Menerui perkongsian itu, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik satu potongan ayat berbahasa Arab disertakan dengan maksud.

“And know that Alla will resolve everything in the end, in a way you would never imagine.” (Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang langsung tidak kita bayangkan.)

Neelofa

Riz yang juga pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu turut memuat naik sedutan rakaman ceramah yang disampaikan di Instagram dengan meninggalkan kapsyen dalam bahasa Arab membawa maksud;

“Dan jangan jadikan dunia sebagai perhatian utama kami,”

– IG STORY PU RIZ

Namun, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Riz berhubung isu terbabit.

Terdahulu, Neelofa dalam hantaran video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, semalam menafikan sudah berkahwin dengan Riz di Kelantan seperti yang tersebar.

Dalam masa sama, bekas pengacara MeleTOP itu juga turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada pendakwah muda itu.

Soal hubungan mereka, Neelofa berkata, kedua belah keluarga dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

Cincin Tunang Tiada Di Jari Neelofa Mengundang Persoalan Netizen

Terdahulu, hubungan antara Neelofa dan PU Riz seakan bergelora apabila adik-beradik jelitawan tersebut memuat naikquoteskata-kata yang sama di media sosial masing-masing.

Ibunya juga telah memadam gambar pertunangan Neelofa dan PU Riz di Instagram serta ahli keluarganya sudah tidak mengikuti pendakwah itu di media sosial tersebut.

Tambah memburukkan keadaan, beberapa tangkapan skrin perbualan WhatsApp dari orang dekat Neelofa yang mengatakan pasangan tersebut didakwa sudah menikah juga telah tular.

“Cincin dah takda (tiada)”

Itu komen warganet apabila melihat pengacara, NeeIofa tidak memakai cincin ketika memuat naik video di Instagram, semalam.

Video itu adalah penjelasan susulan timbul beberapa dakwaan membabitkan hubungannya dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz.

Seorang lagi pengguna akaun Dyglen_ turut menulis komen sama di Instagram NeeIofa.

Cincin tunang tak nampak di jari NeeIofa. Semoga kuat semangat mu hadapi ujian Allah, tulisnya.

Menerusi video dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada media, NeeIofa menafikan sudah berkahwin dengan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail di Kelantan seperti yang tersebar.

Neelofa Membuat Tindakan Terbaru dgn Status yang Sukar Difahami

Dalam perkongsiannya itu, Neelofa seolah-olah memberitahu dia sendiri sukar memahami situasi yang sedang berlaku.

Namun meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT dalam menentukan perjalanan hidupnya.

Ya Allah, kadang-kadang sukar untuk saya memahami apa yang sebenarnya mahu berlaku.

Tetapi saya percayakan-Mu. Saya tahu kamu akan beri yang terbaik, tulis pada nota tersebut dalam bahasa Inggeris.

Sebelum itu, PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail turut memuat naik nota ringkas.

Ia seakan-akan memberi bayangan kepada isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Menerusi kata-kata hikmah yang dikongsi di Instastory itu, PU Riz meletakkan segala keputusan di tangan Allah.

Dan yakin sesuatu isu akan dapat diselesaikan dengan berhikmah.

Perkongsian kata-kata hikmah di Instastory PU Riz dan Neelofa.

Dan ketahuilah Allah akan menyelesaikan segalanya, dengan cara yang kita tidak pernah bayangkan, tulis pada nota ringkas itu.

Bagaimanapun, PU Riz memadam status itu selepas beberapa jam memuat naiknya.

Gara-gara muat naik itu, netizen membuat andaian pasangan ini seperti sedang berbalas status di Instastory masing-masing.

Spekulasi mengenai status hubungan PU Riz dan Neelofa terus menjadi perbualan netizen.

Lebih-lebih lagi, kedua-dua masih belum menjelaskan mengenai status hubungan mereka.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen.

Ia selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad.

PA Neelofa Cari Penyebar Berita Paisu

Tambah memburukkan keadaan ialah bila beberapa tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang dimuat naik oleh seorang wanita di Twitter.

Ia berkenaan beberapa dakwaan sehingga mencalarkan imej selebriti itu.

PA Neelofa Cari Penyebar Berita Paisu

Menurut individu bernama Syamira Safiya, dia mendakwa mendapat maklumat daripada orang dekat Neelofa.

Ia mengatakan bahawa pasangan selebriti itu sudah bernikah di Kelantan.

Tambah perbualan itu lagi, Neelofa sekarang dalam proses berubat susulan terkena minyak pengasih.

Dan turut menuduh usahawan itu memindahkan sejumlah wang kepada PU Riz.

Susulan dakwaan yang tidak berasas itu, Pembantu Peribadi (PA) kepada Neelofa yang namanya dipetik dalam muat naik wanita tersebut.

Dia telah bertindak meminta bantuan warganet untuk mengesan keberadaan pengguna Twitter bernama Syamira Safiya.

Nadiah Khairuddin juga sempat meluahkan rasa terhiburnya apabila ramai yang tiba-tiba mengaku bersaudara.

Sedangkan dia langsung tidak mengenali individu yang disebutkan oleh wanita itu.

Nadiah turut memuat naik pencariannya itu di akaun Twitter.

PA Neelofa Cari Penyebar Berita Paisu

Ia supaya ada warganet yang dapat sama-sama mengesan keberadaan wanita tersebut.

Hi everyone, help me to find this girl. pic.twitter.com/aVThbjA0Vo

— Nadiah Khairuddin (@nadiahkhrddn) December 27, 2020

Ini bagi mendapatkan kepastian berhubung fitnah yang disebarkan beberapa hari lepas.

PA Neelofa Cari Penyebar Berita Paisu

Setakat ini, Instagram dan juga akaun Twitter Syamira Safiya sudah tidak aktif selepas muat naiknya tular dan membuatkan ramai terpedaya.

Walau bagaimanapun, Neelofa telah menafikan dakwaan-dakwaan tersebut.

Dan meminta orang ramai tidak mempercayai bulat-bulat setiap kenyataan yang bukan dikeluarkan dari mulutnya sendiri.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Sukar Untuk Saya Memahami Apa Sebenarnya Mahu Berlaku,” – Neelofa

Isu Selebriti Menggayakan Baju Santa Claus, Selepas Awal Ashaari, Fasha Sandha Dikecam