in , ,

Dilihat Kembali Mengusahakan Bisnes Bersama PU Riz, Cincin Merisik Kembali Dipakai Oleh Neelofa?

Nama pengacara popular Neelofa kembali mendapat perhatian netizen apabila melihat sebentuk cincin yang dipakai di jari manisnya didakwa mirip cincin merisik yang diberikan keluarga pendakwah bebas, PU Riz sebelum ini.

Selebriti Noor Neelofa sememangnya berjaya dalam bidang perniagaan. Perniagaannya pula semakin berkembang setelah perubahan demi perubahan beliau lakukan ke arah kebaikan.

Melalui satu platform yang digelar Markaz Tijaari, ia merupakan usaha bersama antara Neelofa dan Ustaz Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dalam menambah hasil pendapatan.

Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, mereka cuba membantu orang ramai dengan membuka pendaftaran secara dropship.

Cincin Mirip Cincin Merisik Kembali Dipakai Oleh Neelofa?

Melalui penerangan di Instagram story Neelofa pada 20 Januari 2021, Markaz Tijaari dikira sebagai satu platfom untuk berkongsi rezeki.

Semoga usaha mereka ini dapat membantu ramai orang yang terjejas akibat pelaksanaan PKP ketika ini.

Dalam pada itu, melalui Instagram story Neelofa juga, dapat dilihat terdapat cincin yang dipakai beliau.

Namun, tidak dapat dipastikan jika cincin tersebut adalah yang sama ketika Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz sebelum ini.

Cincin Mirip Cincin Merisik Kembali Dipakai Oleh Neelofa?

Apapun, semoga hubungan Neelofa dan PU Riz ini baik-baik sahaja walaupun mereka sudah lama tidak kelihatan bersama.

Menerusi perkongsian Neelofa ketika mempromosikan produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story, Neelofa dilihat mengenakan cincin yang menyerupai cincin merisiknya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau salah satu koleksi peribadinya.

Teruskan Perniagaan Yang Diusahakan Bersama PU Riz, Neelofa Dilihat Kembali Memakai Cincin

Cincin Mirip Cincin Merisik Kembali Dipakai Oleh Neelofa?

Terdahulu Harian Metro melaporkan Neelofa sudah tidak lagi mengenakan cincin merisik ketika hubungannya dengan PU Riz dikatakan sedang dilanda masalah.

Sehingga kini status hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu. 

PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Sering Dilanda Kontroversi, PU Amin Akui Doakan Sajat Berubah & Kembali Ke Fitrah

Farisha Iris Lancar Single Hello, Bakal Jadi Lagu OST Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku