in ,

Feeya Iskandar aka Cik Piah Kini Penyampai Radio Suria FM

Jelajah Suria di Putrajaya pada petang ini bakal mengumumkan Feeya Iskandar aka Cik Piah sebagai penyampai baru Suria FM. Tahniah! Semoga terus maju jaya.

Feeya

Feeya menjadi ahli keluarga baru Suria FM bakal ke udara pada 19 Mac Isnin ini mengendalikan segmen Gaya Suria pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 1 petang.

Slot Gaya Suria ini mengambil alih slot Menu Suria kelolaan Brian sebelum ini. Sesuai dengan penampilan Feeya yang ceria, happy go lucky dan wanita suri rumah, Cik Piah akan berkongsikan mengenai tips kekeluargaan, kesihatan, kewanitaan serta informasi dunia hiburan.

Cik Piah akan membincangkan topik hangat mingguan bersama pendengar dan mencari tempat makan tengahari cadangan daripada pendengar setia Suria. Walaupun ke udara keseorangan, bukanlah menjadi masalah besar bagi Cik Piah. Menurutnya, keputusan untuk menyertai Suria FM adalah kerana ingin berubah angin keluar daripada zon selesanya setelah hampir tujuh tahun berada di tempat yang sama sebelum ini.

Beliau memang bersedia untuk menyahut cabaran seorang diri.

Terdahulu, Feeya yang lebih dikenali dengan gelaran Cik Piah bertugas di Sinar FM sebelum meninggalkan stesen radio itu Januari lalu. Dalam segmen Gaya Suria, Feeya berkongsi petua kekeluargaan, kesihatan, kecantikan dan perkembangan terbaru industri hiburan. Bercerita keputusannya menyertai Suria FM, Feeya, 30, mengakui mahu keluar dari zon selesa dengan mencuba suasana baru.

“Tawaran menjadi penyampai Suria FM datang sebelum kontrak dengan stesen radio lama tamat. “Lagipun, waktu ke udara bermula jam 10 pagi, jadi mudah untuk saya fokus dengan anak. “Sebelum ini, saya bekerja jam 3 petang hingga 7 malam dan kurang ada masa bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Jelajah Suria, IOI Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Feeya, 29, berkata dia tiada masalah mengendalikan segmen Menu Suria seorang diri kerana sudah ada pengalaman.

“Sewaktu awal menceburi bidang ini, saya sudah diberi kepercayaan untuk mengendalikan segmen seorang diri. “Sekiranya ada rakan gandingan nanti pun seronok juga kerana dapat bergurau senda,” katanya.

Namun, ibu kepada dua anak ini mengakui segmen terbabit mencabar kerana perlu banyak membaca.

“Saya perlu menggali banyak informasi dan menyampaikan serta maklumat tepat kepada pendengar,” katanya. Ujar Feeya, peminatnya sudah tidak sabar menanti hari pertamanya di Suria FM, selepas dua bulan berehat. “Peminat memberitahu sudah rindu mendengar suara saya. “Diharapkan saya dapat buat yang terbaik untuk segmen Menu Suria,” katanya.

Feeya Iskandar

Sementara itu, Suria FM akan menemui pendengar setia mereka menerusi jelajah di dua lokasi iaitu Mydin Seremban 2 pada Sabtu ini dan akan berakhir di Mydin Mutiara Rini, Johor pada 31 Mac.

Jelajah Suria di IOI City Mall, Putrajaya, Ahad lalu menampilkan barisan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira, Zulin Aziz, Fizi Ali, DJ Lin, Brian, Bob Ringgo, Suraya, Tyzo dan Cik Piah.

Penonton dihiburkan dengan persembahan Syamel, Elyana, Lan Solo, Ismail Izzani, Aziz Harun dan Nizam Laksamana. Maklumat lanjut mengenai jelajah Suria boleh diperolehi menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www.suria.my.

Feeya Iskandar

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama KELIP-KELIP DI KOTA LONDON 

STEREOTYPE Karya Terbaru Akim & The Majistret