in

Chiki Boom Musim Baru 2013 Tampil Lebih Segar

[dropcap]A[/dropcap]ngin baru dibawakan program kanak-kanak popular Radio Televisyen Malaysia (RTM), Chiki Boom 2013 di mana program ini kembali lagi dengan musim terbaru yang lebih segar dan mengujakan untuk tontonan semua terutama peminat setianya.

Bersiaran menerusi episod pengenalannya pada 14 April ini, setiap Ahad, jam 10.00 pagi menerusi saluran TV2, Chiki Boom yang sememangnya memiliki pengikut setianya ini muncul dengan pembaharuan melibatkan pengacara dan juga diterajui penerbit program yang baru yang pastinya menjanjikan suntikan kelainan dalam menarik perhatian penggemar program ini terutama di kalangan penonton cilik.

Chandni

Menampilkan pengacara comel dan berbakat besar, Chiki Boom musim ini mempertaruhkan pengacara berbakat Bella dan Chandni untuk meneraju program berdurasi 30 minit ini. Menariknya turut serta sebagai pengacara musim ini adalah pelakon dan pengacara yang kian meningkat naik, Alif Hadi.

Gandingan ketiga-tiga pengacara ini dilihat mampu menarik minat golongan kanak-kanak untuk terus menyokong Chiki Boom memandangkan karektor dan personaliti mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Selain terlibat dengan Chiki Boom, Alif juga merupakan peserta Fear Factor Selebriti Malaysia yang ditayangkan di saluran TV baru-baru ini. Bukan sahaja sibuk dengan dunia pengacaraan untuk Chiki Boom dan TVi, Alif juga sedang menjalani penggambaran drama bersiri muzikal yang dijangka akan bersiaran Mei akan datang.

Bella juga tidak kurang hebatnya apabila bakat lakonannya boleh ditonton dalam beberapa buah drama yang disiarkan untuk siaran televisyen tempatan. Manakala Chandni bakat baru yang dicungkil melalui beberapa program terbitan RTM ini semakin mendapat rentak dalam dunia pengacaraan.

Program kanak-kanak yang berkongsi memaparkan pelbagai aktiviti berkaitan dunia kanak-kanak. Tidak ketinggalan Chiki Boom musim baru ini turut membawa kanak-kanak meneroka dunia orang dewasa, namum melalui perspektif kanak-kanak itu sendiri.

Segmen-segmen seperti Diari Kami, Saya Kreatif, Nak Tahu, Cerita Minggu Ini dan Macam Mana Tu, dilihat nyata memiliki kekuatan serta keistimewaan yang tersendiri untuk menarik lagi minat kanak-kanak menonton program ini.

Kru penerbitan Chiki Boom Musim tahun 2013 juga menyaksikan menampilkan nafas baru cuba diberikan penerbit baru, Norhaslita Hasnan bergandingan dengan penolong penerbit yang berpengalaman turut sama dalam penerbitan program ini yang terdahulu, Paranthaman Nadarajan.

Pastikan anak-anak anda meluangkan masa menyaksikan program kanak-kanak penuh informasi ini hanya di TV2.

Bella

Alif Hadi

@I City, Shah Alam

Group Photo

Segmen Saya Kreatif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Hebat Bowl Power Ungguli Bintang Mencari Bintang

Dua Laluan Baru AirAsia Johor Bahru Ke Medan & Jakarta