in

Chermaine Poo dalam SK-II Miracle Makers

Saksikan Chermaine Poo dan Usaha Murninya di Episod Akhir SK-II Miracle Makers pada 1 Januari 2012

Setelah berminggu-minggu mendengar kisah penuh inspirasi daripada lima orang tokoh wanita hebat serta turun padang dalam membantu mereka yang memerlukan, Chermaine Poo, pengacara rancangan ntv7 berjudul SK-II Miracle Makers kini menggalas sebuah cabaran dalam mencipta aspirasi dan kisah keajaibannya sendiri dengan usaha mengumpul dana untuk badan kebajikan pilihannya.

Chermaine Poo With Family &Amp; Friends @ Signature Kitchen

Rancangan SK-II Miracle Makers merupakan salah satu program baru terbitan ntv7 dengan kerjasama SK-II dalam memberi semangat baru kepada penontonnya. Bersiaran untuk enam episod selama 30 minit setiap hari Ahad jam 10.30 malam, rancangan ini berhasrat membuka mata masyarakat dalam mencipta keajaiban serta membuat perubahan di dalam masyarakat dengan menyumbang ke arah kebaikan. Selama lima minggu, Chermaine diberi tugas untuk berbicara hati ke hati bersama lima tokoh wanita yang disegani mengenai usaha murni dan matlamat mereka. Dalam episod akhir kali ini pula, Chermaine akan berusaha melaksanakan projek kebajikannya sendiri dari mula hingga mencapai matlamatnya.

“Setelah menemubual lima orang wanita yang telah mencipta keajaiban mereka sendiri serta bersama dalam membantu mereka yang memerlukan, saya begitu terbuka hati untuk mencabar diri sendiri dalam melakukan usaha yang sama. Saya mencabar diri saya untuk menghasilkan 1,000 kek cawan serta menguruskan tempat jualan serta menjemput rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk membungkusnya dalam masa dua hari. Selama dua hari saya tidak cukup tidur tetapi pengalamannya memang begitu memuaskan,” kata Chermaine.

Menamakan jualan amal itu sebagai “Chermaine Cupcake Charity”, pelakon dan penyampai TV itu bergegas ke Signature Kitchen di Kota Damansara minggu lepas untuk menyediakan 1,000 kek cawan yang dimasaknya sendiri. Kemudian Chermaine mengundang rakan selebriti dan teman-teman rapat untuk bersamanya menjual kek cawan itu di ruang legar Sunway Pyramid sebagai salah satu usaha dalam mengumpul dana untuk “Shelter Home for Children”. Enam kek cawan yang lazat dan dihias menarik dijual pada harga permulaan RM50 sekotak.

Presiden firma perkaunan antarabangsa, Dato’ Raymond Liew dari McMillan Woods Global berkata, “Syarikat kami akan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan dan saya rasa cabaran Chermaine ini sangat luar biasa dan layak mendapat sokongan kami”.

Penulis blog terkenal, Josh Lim yang turut sama dalam misi murni Chermaine sejak dari pagi lagi tidak segan silu mendekati orang ramai di Sunway Pyramid untuk memberi sokongan dalam menjayakan projek ini. “Saya rasa “Chermaine’s Cupcake for Charity” amat hebat kerana bertujuan membantu kanak-kanak di rumah perlindungan serta cuba membawa kesedaran kepada masyarakat apa sebenarnya yang boleh kita lakukan untuk mereka yang bernasib malang,” kata Josh.

Chermaine Poo Holding Miniature Cupcake

Selebriti lain yang sama turut padang dalam menjayakan misi Chermaine adalah ketua bahagian Kereta Lotus Malaysia, Oh Kah Beng, jurugaya rambut selebriti, Albert Nico, Josh Lim daripada Adverlets, pereka pakaian antarabangsa, Nila Palacios, usahawan Carrie Fong serta blogger terkenal Felixia Yeap yang sama-sama dalam projek kebajikan ini. Chermaine yang terharu mengalirkan titis mata gembira di atas sokongan mereka dan orang ramai terutama daripada mereka yang menyayanginya.

“Kesemua proses dalam menguruskan projek ini harus dirancang dengan baik kerana saya tidak boleh mensia-siakan sebarang masa. Waktu menghasilkan kek memakan masa yang lama, memenatkan dan agak memberi tekanan terutama memikirkan waktu sasaran yang diberikan. Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa kelima-lima mentor saya melakukan perkara yang sama berulang kali dan tanpa putus asa. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana kekuatan dan keazaman yang diberikan serta keluarga dan sahabat handai yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan. Begitu juga ntv7 dan SK-II kerana memberi saya peluang dan ruang ini untuk melancarkan usaha kebajikan ini,” kata Chermaine.

Mereka yang membeli belah di Sunway Pyramid juga turut terlibat dengan proses bidaan yang dilakukan pada penghujung projek itu. Chermaine telah menyediakan kek cawan mini dan melelongnya untuk menambah lagi dana buat rumah perlindungan yang dipilihnya. Sebagai kejutan, kek cawan mini itu sendiri telah mendapat bidaan yang amat tidak disangka oleh seorang penderma yang amat bermurah hati. Untuk mengetahui berapakah jumlah bidaan kepada kek cawan mini itu serta jumlah keseluruhan dana yang berjaya dikumpul oleh Chermaine untuk “Shelter Home for Children”, jangan lupa saksikan episod akhir SK-II Miracle Makers pada hari Ahad, 1 Januari nanti jam 10.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Untuk maklumat lanjut berhubung rancangan ini layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter. Jika ada yang terlepas menonton siarannya, tonton di www.tonton.com.my.

Chermaine Poo @ Signature Kitchen

Group Picture - Chermaine Poo With Family, Friends, And The Public @ Sunway Pyramid

Chermaine &Amp; Her Celebrity Friends @ Sunway Pyramid (L-R) -1

Chermaine Poo @ Sunway Pyramid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Chow Kit

Ulasan Filem Suatu Malam Kubur Berasap