in ,

Chef Wan Dakwa Peneroka Felda Malas?

Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyifatkan golongan peneroka Felda bukan sahaja malas bekerja untuk memajukan tanah Felda, sebaliknya hanya berharap sepenuhnya kepada bantuan yang diberikan kerajaan.

Sambil menyamakan golongan berkenaan seperti kucing, Chef Wan berkata, golongan itu juga enggan untuk membantu diri-sendiri ke arah yang lebih baik.

Chef Wan

“Di sini orang-orang Felda kita walaupun tidak semua sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua, tiga bini lagi dan beranak-pinak macam kucing!

Ini cerita betul yang pernah berlaku dalam kebanyakan warga Felda. Sikap buruk mereka hari ini ada yang sampai turun ke anak cucu,” 

– Chef Wan via Instagram

Chef Wan berkata menerusi status dalam akauan Instagram miliknya di sini hari ini.

Semalam, Chef Wan yang merupakan generasi kedua Felda berjaya membawa nama negara ke seluruh pelusuk dunia menerusi masakan dipilih sebagai Tokoh Ikon Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar. Rompin, Pahang. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hati Bella Astillah Kini Sudah Tertutup Untuk Mana-Mana Lelaki

Jangan Terkejut! Tudung Duck Berharga RM2,500 Laris