in

Chef Celebriti Promosikan Masakan Malaysia di Australia

Chef Celebriti Kelahiran Malaysia dengan Kerjasama Ayam Brand Akan Mempromosikan Masakan Malaysia di Australia

Alvin Quah, peserta berbakat besar dalam MasterChef Australia Musim Kedua, merupakan anak kelahiran Malaysia yang telah mengagumkan ramai pihak dengan masakan kreatif beliau berteraskan inspirasi elemen-elemen Asia sehingga menjadikan juadah ringkas seperti juadah teramat unik.

AYAM™ Brand Australia telah bekerjasama dengan Alvin Quah untuk mempromosikan masakan Malaysia menerusi bahan-bahan dan sos Asia daripada rangkaian jenama tersebut.

Perjalanan Alvin Quah dalam mengecapi kemasyuran dalam bidang masakan adalah tidak dijangka-jangka dan sangat unik sama seperti masakan yang beliau persembahkan.

Dilahirkan dan dibesarkan di Happy Garden, Kuala Lumpur, beliau menghabiskan pengajian peringkat ‘A’ di Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran beliau ke Universiti Melbourne dan mendapat ijazah dalam bidang biokimia dan ijazah kedoktoran dalam kajian retinopati diabetik. Beliau kemudianya meneruskan kareer dalam bidang proteomiks bahagian penyakit neuron motor di Universiti Monash dan Institut Howard Florey di Melbourne sebelum beralih arah menjadi seorang pegawai perhubungan sains perubatan di sebuah syarikat farmaseutikal multinasional.

Penyertaan beliau dalam musim kedua Master Chef Australian adalah didorong minat mendalam dalam bidang masakan yang beliau warisi daripada ibu beliau. Bakat dan akal yang tajam beliau telah membuka mata ramai peminat yang sentiasa setia menyokong beliau.

Semenjak dari itu, Alvin kerap muncul dalam rancangan televisyen Australia dan sering dijemput menjadi tetamu undangan dan penyampai di festival-festival makanan. Beliau juga sering menyumbangkan karya kepada majalah-majalah dan MasterChef’s FoodHub.

Menurut Pengurus Pemasaran AYAM™ Brand Australia Marketing Manager Cik Linda Pipolo, keunikan rasa rangkaian AYAM™ Brand dalam santan kelapa dan sos digandingkan dengan warisan Malaysia yang ada dalam Alvin Quah, kreativiti dalam masakan dan kecemerlangan personaliti menjadikan satu gabungan yang sempurna.

“AYAM™ Brand sangat teruja untuk berkerjasama dengan Alvin Quah dalam memperkenalkan masakan Malaysia kepada warga Australia. Resipi tradisional Malaysia seperti sambal pedas, kari yang kaya dengan rempah dan bihun sup yang kompleks boleh mendatangkan kegusaran kepada chef yang kurang arif dengan menggabungkan banyak rempah untuk digunakan. Bahan-bahan AYAM™ Brand’s dan sos Asia mengambil intipati dalam makanan Malaysia dan dipadankan dengan bijak melalui resipi unik tapi ringkas daripada Alvin,” terang Cik Linda Pipolo.

Saintis, blogger, penghibur dan pengacara, Alvin sentiasa menyukai menjadi seorang tukang masak.Apabila berada di rumah, beliau lebih mengemari masakan tradisional daripada moden.

Chef

“Memasak sepatutnya menjadi satu saat yang gembira bagi seorang chef dan bagi mereka yang dapat merasa juadah, rasailah suasana eksperimen yang menyeronokkan di dapur dan lihat apa yang kita akan perolehi nanti. Sos-sos dan rempah ratus boleh menjadi bahagian yang paling susah dalam menyediakan juadah masakan Malaysia jadi apabila ada satu pengganti yang benar-benar mempunyai rasa asli dan sihat untuk memanggang, menggaul dan mengisar rempah ratus anda sendiri seperti rangkaian jenama AYAM™ , teruskan mencuba!” kongsi Alvin Quah.

Soal Jawab

1. Bila anda mula memasak dan apa juadah pertama yang anda sediakan sendiri? Apa juadah pertama anda yang mendapat pengiktirafan?
Saya mula memasak semasa berumur 15 tahun, membakar kek dan biskut untuk Tahun Baru Cina. Emak saya menyedari bahawa saya mempunyai bakat (ataupun mungkin sebagai seorang kuli!) jadi saya sentiasa ditugaskan untuk memasak masakan manis semasa Tahun Baru Cina.

2. Siapa yang memberi inspirasi untuk memasak bagi anda?
Emak saya. Warisan Nyonya yang beliau warisi membuatkan citarasa masakan saya sentiasa kaya dengan pelbagai perisa dan kari yang kompleks. Saya turut bertuah kerana kaum wanita dalam keluarga saya seperti emak saudara saya, nenek saudara dan nenek saya semuanya adalah tukang masak yang hebat dan sentiasa memberikan tips-tips dalam masakan.

3. Apa yang mendorong anda untuk menyertai MasterChef 2? Ada tak sesiapa yang istimewa menggalakkan anda untuk meneruskan minat anda dalam bidang masakan?
Saya masih ingat lagi apabila menonton MasterChef 1 dan berfikir, ‘hey, itu nampak macam menyeronokkan’ jadi saya menghantar borang permohonan dalam “online” dan seterusnya adalah sejarah. Saya berpendapat minat saya dalam bidang masakan sentiasa wujud dalam diri dan memerlukan sedikit galakan. Terlibat secara langsung dengan MasterChef 2 telah menaikkan lagi minat saya dalam bidang masakan ini.

4. Berdasarkan biodata anda, anda sudah mengecapi satu karier yang hebat dengan sebuah syarikat farmaseutikal multinasional. Apa yang menyebabkan anda mengetepikan karier anda dan menyertai MasterChef. Langkah tersebut memerlukan keberanian yang tinggi.
Secara kasarnya, saya rasa saya perlukan satu perubahan dan saya mahu menjadikan hidup saya lebih bermakna.

5. Bila anda dilantik menjadi duta jenama Ayam bagi Australia dan apa pengalaman terawal anda berkaitan dengan produk Ayam semasa anda di zaman kanak-kanak.
Reaksi pertama saya apabila dilantik menjadi duta jenama Ayam bagi Australia adalah sesuatu yang nostalgik. Ianya sangat menyentuh hati apabila mengetahui jenama yang selalu emak saya beli daripada kedai di Happy Garden adalah jenama yang saya akan berkerjasama dengan rapat.

6. Apakah produk kegemaran Ayam Brand anda?
Sudah semestinya santan kelapa kerana kepelbagaian yang ada padanya.

7. Anda telah mereka beberapa resipi Malaysia berdasarkan kepada produk Ayam Brand kepada para penonton Australia. Apakah konsep disebalik resipi-resipi ini – kepelbagaian, gabungan, keaslian, yang menepati citarasa Australia?
Apabila saya mereka resipi-resipi ini, saya mahu mengubah persepsi yang wujud berkaitan dengan masakan Asia. Walaupun ramai diantara kita yang sangat bagus dalam mengenaplpasti dan menikmati juadah Asia, masih ramai lagi yang ragu-ragu apabila mahu memasak juadah Asia.

8. Sebelum berkerjasama dengan Ayam, adakah anda menggunakan produk makanan dalam tin dalam menyiapkan masakan di rumah?
Sudah semestinya! Saya rasa semua orang pasti menggunakan makanan bertin kerana kepelbagaiannya dan kemudahan walaupun bagi produk yang sudah ketinggalan zaman. Saya sentiasa pastikan produk bertin yang saya gunakan tidak mempunyai bahan pengawet tambahan atau MSG. Produk Ayam menepati kriteria ini!

9. Apa yang anda rasa membuatkan Ayam memilih Anda – kemahiran yang anda ada, pesonaliti anda, kepandaian anda ( anda merupakan seorang saintis!) warisan keturunan anda atau sesuatu yang unik daripada Alvin Quah?

Saya kurang pasti tapi saya merasakan mungkin disebabkan warisan Malaysia saya. Saya mahu mengatakan ianya mungkin disebabkan bakat dan stail saya tapi saya ragu-ragu mengenainya ! ☺

10. Bagaimana anda mahu mempopularkan masakan Malaysia di Australia- ada sebarang acara khas, aktiviti atau lain-lain yang anda mahu kongsi bersama?
Saya cuba dan menyokong sebanyak mana acara berkaitan dengan Malaysia yang saya termampu. Di sini terdapat banyak restoran rakyat Malaysia yang sangat bagus dan apabila saya berpeluang untuk mengunjungi mereka, saya sentiasa menyatakan sokongan saya. Sasaran saya adalah untuk menjadi rakyat Australia setiap hari berkata ‘jom kita berkunjung ke restoran Malaysia untuk makan malam’.

11. Apakah perancangan yang ada pada Alvin Quah sebagai orang perseorangan dan sebuah jenama?
Saya mahu teruskan berkerjasama dengan jenama hebat seperti AYAM dan saya bercita-cita mahukan sebuah rancangan memasak. Semuanya masih dalam perancangan tapi seperti mana-mana kejayaan, ia memerlukan masa.

12. Disamping makanan Malaysia, apakah masakan kegemaran anda dan apa juadah yang paling anda gemari?
Saya tidak pasti juadah pencuci mulut adalah satu masakan tapi ianya pasti kegemaran saya.

Chef

Chef

Latar Belakang Ayam Brand
Ayam Brand, satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia dan Asia selama 120 tahun, terkenal dengan pelbagai rangkaian makanan dalam tin yang berkualiti dan sihat. Untuk dua tahun berturut-turut, iaitu 2006 & 2007, Ayam Brand telah dipilih sebagai jenama Asia nombor satu untuk kategori makanan dalam tin dari kajian pengguna yang diadakan oleh Synovate Research ( 1000 Jenama nombor satu Asia ) yang dianjurkan oleh Media Magazine Hong Kong.

Dalam tahun 2009, Ayam Brand dianugerahkan “The Brandlaureate Awards 2008-2009” (Jenama Terbaik Dunia di Asia Pasifik).

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokalis Jipie Pesawat Lancar Lagu Separuh Sedar

Laman Santai Khas Malam Bulan Bahasa