in ,

Che Ta Jawab Langgar Pantang Shopping di JPO

Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta), 41, menyifatkan pemergiannya ke Johor Premium Outlets (JPO) di Johor baru-baru ini walaupun belum tamat tempoh berpantang (selepas bersalin) tidak perlu diperbesar-besarkan.

Memetik kenyataan di mStar online, Che Ta berkata, dia mempunyai cara tersendiri dalam penjagaan diri apatah lagi tidak pernah membuat sebarang kenyataan berpantang enggan keluar rumah.

Rozita Che Wan Bersalin Gambar Anak

“Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

“Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha,” katanya yang mengulas sebuah akhbar mingguan pada Ahad ekoran laporan dia dilihat sedang membeli belah bersama suami, Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana di JPO beberapa minggu lalu.

Kehadiran Rozita yang memakai skirt pendek dan stokin panjang di pusat beli belah berkenaan menjadi persoalan memandangkan aktres tersebut masih lagi dalam tempoh berpantang sejak melahirkan anak perempuan sulungnya itu pada 1 November 2014.

Sementara itu, Rozita berasa terkejut apabila kehadirannya ke JPO menjadi bualan ramai, sedangkan perkara itu adalah normal bagi sesetengah golongan wanita.

“Sebenarnya, kalau nak diikutkan saya nak duduk dalam kereta sahaja. Tetapi memandangkan suami, anak-anak dan ibu keluar, maka saya pun ikut sekali. Tak mahulah duduk seorang diri dalam kereta.

“Tetapi lain pula jadinya apabila orang mula bercakap tentang kami. Mula-mula kata suami saya sombong kerana tidak mahu ambil gambar. Lepas itu kata saya langgar pantang pula. Macam-macam..,” ujarnya.

sumber : mStar online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Experience To Believe Berjaya Buktikan PETRONAS PRIMAX 95 Terbaik

Tempah Makanan Kegemaran di Food Panda & Menangi iPhone6