in ,

Chatime Bergabung Dengan Neelofa Buka Kafe di Singapura & Arab Saudi

Pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa Mohd Noor sekali lagi mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila baru-baru ini dia bekerjasama dengan syarikat rangkaian minuman popular, Chatime untuk menubuhkan kafe Chatime Signature yang bakal dibuka di Lembah Klang tidak lama lagi.

Menurut Neelofa, kerjasama itu bakal memperlihatkan konsep serta menu di kafe itu mengikut citarasa peribadinya serta mengambil inspirasi daripada percutiannya di seluruh dunia sebelum ini. 

“Untuk kafe Chatime Signature ini saya juga melahirkan idea daripada segi konsep dan menu makanan serta minuman yang bakal dihidangkan kepada pelanggan. 

“Selain itu, saya dan pihak pengurusan Chatime turut akan menitik beratkan dekorasi di cafe itu supaya ia menjadi lokasi Instagram Worthy untuk pelanggan berkunjung ke situ selain hidangan lazat yang disediakan,”

– Neelofa

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada acara berbuka puasa dan majlis pengumuman kerjasama Chatime X Neelofa yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara baru-baru ini. 

Chatime Neelofa

Sementara itu, Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali pula berkata, selain di Malaysia, kafe Chatime Signature itu juga turut akan dibuka di Singapura dan Arab Saudi setelah membuat kajian terperinci mengenai lokasi strategik kafe. 

“Kami akan membuka outlet di luar negara iaitu Singapura dan Arab Saudi dan untuk pasaran tempatan kami masih lagi meninjau lokasi yang sesuai di sekitar Lembah Klang. 

“Dalam era moden ini, Neelofa merupakan calon paling sesuai untuk kami berkolaborasi bersama kerana dia merupakan usahawan wanita muda yang dipandang tinggi dalam generasinya. Kejayaan Neelofa menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk bangkit dan mengejar impian mereka,”

– Neelofa

Yang menariknya, Chatime Signature turut akan memperkenalkan menu baharu seperti aiskrim bubble dan seleksi jus menyegarkan bagi memberi nilai tambah buat pelanggan setia mereka yang mahukan gaya hidup sihat seperti yang diamalkan Neelofa.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Comel Anak Kedua Syatilla & Shaheizy Sam Bernama Sarima

Keanggunan Senireka Hebat Hotel JW Marriot Hanoi