in , ,

Ceritera Cinta Berat Sebelah Dalam Lagu BIAR Nyanyian Qiff

Dunia percintaan sememangnya penuh ranjau dan bukan selalunya indah. Runtuhnya kemanisan dalam sesuatu perhubungan boleh disebabkan bermacam alasan meski cuba dipertahankan sebaiknya.

Sebaiknya kedua pihak dalam setiap pasangan perlu adil dalam membahagiakan kekasih masing-masing. Bukannya pentingkan diri-sendiri sehingga akhirnya membinasakan pasangannya tanpa hati perut.

Demikianlah ceritera yang ingin disampaikan dalam lagu baharu penyanyi Qiff atau nama sebenarnya Thaqif Idlan, 22, berjudul ‘Biar’. Mana mungkin seseorang itu sanggup hatinya disakiti dalam percintaan yang tidak pasti. 

QIFF

Berkongsi mengenai lagu berkenaan, Qiff percaya Biar adalah ungkapan penuh sayu seseorang yang mengharap cintanya mendapat keadilan. Pernah mengalami sendiri rasa itu, lagu itu bukanlah diinspirasikan daripada kisah peribadinya.

“Lagu ini mengisahkan percintaan yang berat sebelah di mana lelaki itu berusaha untuk mempertahan hubungan dengan kekasihnya. 

Meskipun dia dicurangi dan dilukai, dia berharap masih ada sinar untuk mereka perbaiki hubungan.

“Bagaimanapun, mesej sebenar ingin disampaikan dalam Biar adalah kita tidak boleh terlalu berharap kepada seseorang yang belum tentu jadi milik kita. Lagu ini tiada kaitan dengan diri saya tapi jujur saya faham rasanya kerana pernah alami juga suatu ketika dulu,”

– Qiff

Lagu Biar menampilan melodi yang cukup mempesona dan bertepatan dengan halwa telinga pendengar terkini. Rentaknya yang segar menjadikan lagu itu pastinya mudah mesra dan jadi siulan.

Menurut Qiff, dia sendiri terus jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ciptaan Mas Dewangga dan Shaqiel Naufal sewaktu pertama kali mendengarnya. Dia terpana dengan konsepnya yang begitu tepat dengan jiwanya.

“Terus-terang, lagu ini adalah antara karya yang saya paling gemari pernah saya dengar setakat ini. Genre pop sentiasa dekat dengan jiwa saya dan melodi lagu ini juga begitu terkini serta iramanya istimewa,”

– Qiff

Apapun, Qiff paling bersyukur apabila lagu kali ini adalah kerjasama sulungnya bersama Mas Dewangga dan Shaqiel Naufal. Baginya, dapat peluang bekerja dengan komposer berbeza meluaskan lagi perspektifnya mengenai muzik. 

“Mereka sangat professional dan banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baharu dalam bidang muzik. Sekali gus, saya dapat menyerap ilmu baharu untuk jadikan panduan meningkatkan keupayaan saya sebagai penghibur.

“Seperkara yang saya sangat syukuri adalah mereka terbuka untuk menerima pendapat saya juga. Lagu ni sepenuhnya dihasilkan oleh mereka saya cuma dari membantu ubah serba sedikit dari segi lirik,”

– Qiff

Menurutnya, dia gembira dengan hasil Biar kerana sebagai penyanyi baharu, lagu itu benar-benar sesuai dengan hala tuju muziknya. Dia juga memang sentiasa teguh mahu mempersembahkan karya yang segar dan terkini.

QIFF

Justeru, dia yakin lagu berkenaan memiliki potensi tersendiri untuk meraih perhatian pendengar terutama kalangan orang muda. Namun, sebaiknya Qiff berharap Biar akan jadi siulan ramai tanpa mengenal usia.

“Tiada lain, saya cuma lagu ini bakal memberikan angin baharu kepada pendengar sekali gus mendapat sambutan memberangsangkan. Saya juga impikan lagu ini mampu menjadi batu loncatan untuk saya pergi lebih jauh dalam industri muzik tempatan,”

– Qiff
QIFF

Qiff mula mencipta nama sebagai selebriti Instagram dan mula dikenali selepas kerap memuat naik video nyanyian ‘cover version’ sebelum dilamar menjadi artis Sony Music Malaysia.

Qiff juga salah seorang anggota The Five Music yang pernah tampil lagu Iman Mutiar versi baharu 2020 pada Ramadan dua tahun lalu sehingga ‘trending’ di YouTube. Qiff juga pernah melancarkan single yang bertajuk ‘Mengapa Kau Pergi’. 

‘Biar’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Check Out These Binge-Worthy Titles on iQiyi This Month

HUAWEI Super Device Fiesta