in

@Ceriapagisuria Follow @NajibRazak

PERDANA MENTERI BERAMAH MESRA DENGAN KREW SURIA FM

Suria FM hari ini amat berbangga dan berbesar hati menerima kehadiran Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas lawatan beliau ke Stesen Star Radio Group dan beramah mesra dengan krew Suria FM iaitu Halim Othman, Nabil, Kenchana Devi, Linda Onn dan ramai lagi.

Bersempena dengan kehadiran Perdana Menteri ke Tropicana City Office Tower hari ini, Suria FM telah mengambil kesempatan ini untuk bermesra bersama dengan Perdana Menteri dan sempat memberikan cenderahati berupa tshirt khas ‘@ceriapagisuria follow @NajibRazak’ kepada beliau.

@Ceriapagisuria Follow @NajibRazak

Ia bersempena dengan sokongan ke atas Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak yang hampir mencecah 500,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Suria FM serta Ceria Pagi di Suria juga merupakan antara ratusan ribu pengikut @NajibRazak ini. Di kesempatan ini, Suria FM juga akan menyahut cabaran Perdana Menteri untuk mencapai seramai yang mungkin pengikut di laman Twitter.

Terbaharu di Suria FM, peraduan ‘Ketawa dan Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga RM Suku Juta’ telah berjaya mengumpul 2 orang pendengar yang telah menempah tiket ke peringkat akhir untuk merebut hadiah wang tunai sehingga RM suku juta.

2 pendengar ini telah meneka 5 ketawa selebriti mengikut turutan dengan betul. Ramai juga pendengar yang berjaya meneka satu dan dua ketawa dngan betul dan mereka juga berjaya memenangi RM100 untuk setiap jawapan ketawa yang betul.

Peraduan yang bermula 19 Mac 2012 ini akan berakhir pada 13 April 2012 dan Suria FM mencari 30 orang pendengar untuk dibawa ke peringkat akhir dimana sejumlah wang tunai RM250,000 bakal dimenangi. Pembayang juga akan diberikan dari masa ke masa untuk memudahkan pendengar meneka. Cara untuk menyertainya mudah sahaja iaitu :

1) Hantarkan SMS Suria Ceria dan hantarkan ke 33988. Jika anda terpilih, kami akan hubungi anda.
2) Teka ketawa 5 selebriti mengikut turutan
3) Menangi RM100 untuk setiap tekaan yang betul dan RM500 jika betul kelima-limanya
4) Pendengar yang berjaya meneka dengan betul kelima-kelima selebriti mengikut turutan akan mara ke pusingan akhir, untuk berpeluang merebut hadiah sehingga RM suku juta.

Untuk keterangan lanjut dan syarat penyertaan, layari www.suriafm.com.my

@Ceriapagisuria Follow @NajibRazak

@Ceriapagisuria Follow @NajibRazak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Futsal Tournament Minyak Worldwide With Erul Fan Club

Yuna Samsung GALAXY Note The Sparkle Project